Maret 2018


Salam Ahad Petang

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ۗ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.

أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).

Antara huraian An-Nur : 39 - 40

Setelah ayat sebelumnya berbincang mengenai orang yang beriman bagaiakan cahaya, maka dua ayat ini menerangkan perihal dua jenis orang kafir yang diumpamakan air dan api / panas.

Dua jenis orang kafir itu :

1. Para pemimpin atau pengetuanya, mereka diibaratkan orang yang melihat fatamorgana (Mileage),  atau bayangan air di tempat yang panas.

Mereka sangkakan ada air untuk kemanfaatannya, tetapi ianya hampa tiada apa.

Mereka menyangka bahawa amalan dakwah mereka, amalan baik mereka, akan mendapatkan pahala, tetapi ianya sia-sia sahaja, tiada balasan kebaikan untuk mereka, kerana amalan tidak memenuhi syarat untuk mendapatkan pahala.

Mereka sangkakan air tapi kepanasan yang mereka dapatkan, syurga yang mereka idamkan, api neraka yang mereka dapatkan.

2. Para pengikut (followers), mereka diibaratkan orang yang masuk dalam lautan yang gelap, yang berombak, atasnya terdapat awan gelap, tiada sinaran di dalam lautan, semakin dalam, semakin gelap, hinggakan tidak boleh nampak tangan sendiri (kegelapan di atas kegelapan).

Mereka mengikut pemimpinnya, sedangkan mereka tidak tahu kepastian apa yang diajarkan pemimpinnya, tidak faham akan yang diajarkannya, hanya ikuti sahaja, ikut dengan membuta, ianya (kegelapan di atas kegelapan).

Hidup mereka meraba-raba, hidup dalam kegelapan, hatinya dan jiwanya gelap, matanya gelap, tiada sinaran dalam hatinya.

Jika Allah SWT tidak memberi mereka sinaran iman, maka tiada siapapun yang boleh menyinarinya.

Ayat ini sebagai imbangan ayat sebelumnya, Nur Alaa Nur (Cahaya di atas cahaya).

Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
MRT Bukit Gombak - Kranji
Singapore, 18 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Sabtu Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.

Antara huraian An-Nur : 37 - 38

Ayat menyambung maksud ayat sebelumnya, bahawa orang yang beriman yang bercahaya, menerangi masyarakatnya, hati mereka biasanya sentiasa di masjid.

Disamping itu mereka juga tidak termakan juga tidak silau dengan gemerlap duniawi, walaupun mereka juga berniaga.

Niaganya, bisnisnya, hartanya, tidak melalaikan mereka dari solatnya di dalam masanya, ada yang menafsirkan dengan menunaikan solat di awal waktunya.

Mereka sebagai orang yang berharta juga tidak lupa menunaikan atau menyempurnakan zakatnya, untuk yang berhak menerimanya.

Dalam ayat disebut kata (Rijal) jamak dari kata (Rajul), yang bermakna lelaki dalam bahasa Arab, namun ianya tidak semestinya begitu, Rijal diertikan sebagai orang yang teguh iman dan pendiriannya, lelaki atau wanita.

Namun kerana ayat sebelumnya menyebut (Masjid), maka para wanita mempunyai masjid sendiri, rumah mereka adalah masjidnya, maka kata (Rijal) yang sesuai untuk ayat ini.

Mereka khawatir akan nasibnya di akhirat, maka mereka bersungguh-sungguh dalam ibadahnya.

Mereka nanti akan dibalas Allah dengan sebaik-baik balasan, bahkan akan mendapatkan bonus berupa syafaat.

Mereka juga di dunia diberi rezeki yang melimpah, tiada kiraan.

Mengenai ayat di atas, ada cogan kata di Kudus, Jawa Tengah, ianya (GUSJIGANG) yang bermakna orang yang beriman selayaknya menerapkan prinsip hidup di atas, ertinya :

1. GUS : mereka semestinya BAGUS atau baik akhlaknya, hatinya, penampilannya.

2. JI : mereka sentiasa NGAJI, mencari Ilmu, dunaiwi dan ukhrawi, mengaji dan mengkaji Al-Quran.

Mereka juga melengkapi rukun Islam dengan BERHAJI, suatu status yang tinggi.

3. GANG : mereka berniaga atau BERDAGANG, tidak menjadi tanggungan orang,  tidak mengharap pemberian orang lain.

Pesanan ayat :

Islam mengajarkan keseimbangan duniawi dan ukhrawi, kaya dan jaya di dunia dan akhirat.

Jadikan dunia, kekayaan, kejayaan, untuk kejayaan akhirat.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-Novena
Singapore, 17 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Jumaat Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ

(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

Antara huraian An-Nur : 36

Ayat sebelumnya berbincang mengenai keadaan orang yang beriman bagaikan kandil yang bercahaya, menerangi alam sekitar.

Nur Alaa Nur, Cahaya atas Cahaya, sentiasa bersinar, bermanfaat dalam segala keadaan.

Dari ayat 35, muncullah nama surah An-Nur.

Kemudian orang yang bercahaya itu biasanya suka menjadikan masjid sebagai tempat utamanya, yang ada dalam hatinya, hingga orang yang hatinya sentiasa di dalam masjid itu dimasukkan dalam tujuh golongan orang yang akan dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya.

Masjid adalah tempat yang paling mulia di mata Allah di muka bumi, sesiapa yang membinanya kerana redha Allah, maka Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah seumpamanya di syurga (erti hadits sahih).

Namun masjid juga menjadi tanda akan berakhirnya zaman jika masjid tersebut dibina bukan kerana Allah tapi kerana untuk kemegahan.

Anas Bin Malik meriwayatkan, Rasul : Tidak akan datang kiamat, kecuali jika manusia sudah bermegah dengan masjidnya.

Akhir zaman, masjid banyak yang megah, mewah, cantik, canggih, namun yang di dalamnya tidak secantik luarannya, terkadang masjidnya sering sepi dalam ibadah, bahkan ada banyak masjid hanya untuk tujuan wisata.

Sepatutnya institusi masjid itu untuk mengagungkan Allah, mendekatkan diri kepada-Nya, bergema zikir dan ayatnya pagi dan petang, siang dan malam.

Siapakah yang paling berhak memakmurkan juga menguruskan masjid?

Kita ikuti jawaban dan huraiannya esok insyaallah.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 16 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran



Salam Khamis Petang

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Antara huraian An-Nur : 35

Ayat ini sebagai perumpamaan orang yang beriman itu bagaikan cahaya.

Allah SWT menerangi alam semesta dengan matahari, bintang dan bulan.

Allah SWT menerangi hati manusia dengan keimanan dan ketaqwaan.

Orang yang beriman hakikatnya diberi cahaya berupa keimanan itu sendiri, yang bermula dari cahaya Al-Quran.

Zahirnya orang beriman itu bercahaya, menerangi alam sekitar dengan cahaya keimanannya, dengan amal dan perangai yang baik.

Zahirnya manusia bermula dari batinnya, jika batinnya baik, maka akan keluar yang baik-baik sahaja, begitu juga sebaliknya.

Ibaratanya dalam ayat, kandil yang terbuat dari kaca,  dalamnya adalah lampu yang berisi minyak zaitun, yang sangat jernih, sehingga seakan ianya sendiri sudah bercahaya.

Pokok Zaitun itu penuh keberkatan, kemanfaatan, semua bahagian pokoknya ada manfaatnya, begitu juga orang yang beriman, akan sentiasa bermanfaat, diamnya, bicaranya, tulisannya, semua bermanfaat.

Pokok Zaitun itu tumbuhnya di tengah alam, yang sentiasa terkena sinaran matahari, ertinya orang yang beriman sentiasa menerima ilmu, teguran dan perkara lainnya yang bermanfaat.

Cahaya atas cahaya, hidupnya sentiasa menyinari, mewarnai alam sekeliling dengan kemanfaatannya.

Cahaya Allah SWT akan diberikan kepada yang dikehendaki.

Cahaya mengikut tafsiran Imam Waki' (guru Imam Syafie) adalah ilmu, ilmu Allah adalah cahaya, cahaya Allah tidak diberikan kepada hati yang kotor (dengan maksiat dan kejahatan).

Allah maha berilmu, maha mengetahui akan segalanya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 15 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Rabu Petang

بسم الله الرحمن الرحيم

وَلَقَدْ أَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ آيَاتٍ مُبَيِّنَاتٍ وَمَثَلًا مِنَ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ

Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Antara huraian An-Nur : 34

Allah SWT menyatakan bahawa Dia telah menurunkan atau mewahyukan Al-Quran, yang berupa kumpulan ayat yang jelas.

Al-Quran menjelaskan amalan yang salah, menggantinya dengan tauhid yang jelas, bahawa tuhan hanya satu.

Ianya juga berisi cerita kaum terdahulu, juga yang sedang berlaku (seperti cerita hoax pada ayat sebelumnya) dan yang akan terjadi (seperti keadaan kaum di hari akhirat).

Maka, tiada satu buku atau catatan di dunia ini yang boleh merangkumi cerita atau peristiwa sepanjang zaman, bahkan hingga akhirat, kecuali Al-Quran.

Semua yang termaktub dalam Al-Quran boleh menjadi Mauidzoh atau iktibar untuk orang yang bertaqwa.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring@ Yishun
Singapore, 14 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Selasa Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّىٰ يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا ۖ وَآتُوهُمْ مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ ۚ وَلَا تُكْرِهُوا فَتَيَاتِكُمْ عَلَى الْبِغَاءِ إِنْ أَرَدْنَ تَحَصُّنًا لِتَبْتَغُوا عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ وَمَنْ يُكْرِهْهُنَّ فَإِنَّ اللَّهَ مِنْ بَعْدِ إِكْرَاهِهِنَّ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Antara huraian An-Nur : 33

Ayat sebelumnya berbincang mengenai galakan bernikah untuk yang sudah berkemampuan.

Untuk yang belum berkamampuan secara ekonomi dan mental, maka sebaiknya menjaga diri dari maksiat dan berusaha mencari rezeki untuk niat bernikah kerana Allah.

Ayat ini mengandungi beberapa pesanan :

1. Untuk yang belum ada kemampuan, belum berkeyakinan diri untuk menikah, maka agama menyarankan agar menjaga diri dengan keimanan dan ketaqwaan, berusaha mencari rezeki hingga Allah memberi kecukupan untuk bernikah, cukup membayar maharnya dan persiapan kehidupannya.

2. Pesanan untuk Tuan yang punya hamba sahaya :

A. Jika hamba hendak memerdekakan diri dengan membayar harga dirinya, menebusnya, maka berilah dia harganya, dengan syarat, ada kebaikan sesudahnya, dia boleh bekerja, tidak menjadi beban pada orang lain (makna Khair).

Sebaikanya berilah dia harga discount, boleh juga beri dia bahagian zakat untuk membayar harga dirinya, mudahkan urusannya.

Itulah maksud "berilah dia dari harta Allah yang diberikan kepadamu".

Hamba di atas disebut Mukatab/Mukatabah/Riqab, disebut mukatab mungkin kerana menulis bayarannya secara angsuran, mereka memang termasuk dari 'Delapan Asnaf' yang boleh menerima zakat.

B. Tuan, tidak dibenarkan menjual hambanya sebagai hamba sex, yang hasilnya untuk kepentingan dirinya.

Lebih jelasnya, Haram mencari rezeki dengan menjadi 'Mak Ayam' , haram juga menjadi orang tengahnya, Zaman Now disebut 'Human Trafficking'.

Antara sebab turunnya ayat ini adalah pekerjaan Abdullah Bin Ubai Bin Salul, yang berjaya menjadi Mak Ayam, sehingga ramai pelanggan dan disegani.

Jika melihat Abdullah Bin Ubai, maka terlintas di fikiran, dia ini sumber segala kejahatan tapi banyak pengikutnya, mungkin kerana berharta.

Boleh jadi dia ini Ketua Mafia yang rapi bekerja, berita hoax mengenai Aisyah dan Safuan berasal darinya, Mak Ayam juga dia, yang sering mencabar baginda Rasul juga dia.

Sedangkan hamba yang terpaksa (yang dijual,  Trafficking Victim) jika mereka bertaubat, maka Allah itu maha Pengampun dan Penyayang.

Begitu juga kepada semua hamba-Nya yang terlanjur berbuat maksiat kerana kejahilannya, maka Dia maha Pengampun.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
MRT Khatib-Somerset
Singapore, 13 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Isnin Petang

بسم الله الرحمن الرحيم

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Antara An-Nur : 32

Antara cara penjagaan pandangan dan maruah (kehormatan) adalah dengan menikah.

Ayat ini perintah untuk menikah (sehingga ada yang mengatakan bahawa nikah itu wajib untuk yang sudah berkemampuan, berdasar kalimat perintah yang ada itu asalnya wajib).

Pendapat yang kuat adalah Sunnah, berdasar hadits yang ertinya, Baginda bersabda : "Sesiapa yang membenci sunnahku, maka tiada termasuk dari umatku", antara sebab hadits di atas adalah nikah.

Ianya perintah untuk berkahwin atau nikah dengan AYAMA, hamba sahaya lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah.

Ayama adalah orang yang bukan hamba sahaya, yang tidak bersuami atau beristeri, sama ada belum pernah nikah atau sudah pernah dan bercerai (hidup atau wafat).

Masa ayat ini diturunkan masih ada yang berstatus hamba, maka syariat membenarkan umat Islam bernikah dengan mereka, sebagai symbol equality atau kesamaan darjah manusia.

Perhambaan adalah warisan jahiliyyah, sebelum datangnya syariat yang dibawa baginda Rasul.

Dalam ayat juga ada janji Allah : Jika kamu masih fakir (belum berkecukupan) dan mahu bernikah, maka Allah akan memberimu kekayaan dari anugerah-Nya (setelah bernikah).

Kekayaan diertikan dengan kecukupan, itu yang lebih utama dan tepat, kerana jika kaya diukur dengan banyaknya harta, ianya sering tidak sesuai.

Abu Bakar r.a : Taatilah Allah dalam perintah bernikah, niscaya Allah akan menunaikan janji-Nya dalam memberi kecukupan.

Rasul pernah menikahkan lelaki yang tidak mempunyai barangan untuk mahar, akhirnya dinikahkan dengan mengajarkan isterinya akan Al-Quran sebagai maharnya, yang akhirnya hidup berkecukupan.

Jika sudah menikah, tapi hidupnya masih tidak berkecukupan, maka jangan salahkan Al-Quran atau ayat, sebaliknya, lihatlah diri sendiri, adakah sudah cukup syarat sebagai hamba-Nya.

Ada beberapa riwayat mengenainya galakan menikah, antaranya :

1. Rasul bersabda : "Wahai para pemuda, jika kamu ada kemampuan (mahar, mental dan lainnya), maka bernikahlah, kerana ianya lebih boleh menjaga pandangan dan kehormatan, jika belum mampu, sebaiknya berpuasa, kerana ianya adalah perisai (akan nafsu)".

2. Rasulullah bersabda : "Kahwinlah dengan wanita yang subur, beranaklah (yang ramai), kerana aku bangga dengan ramainya umatku (yang baik) di hadapan umat lainnya di hari kiamat.

Pesanan penting untuk yang belum atau tidak berani menikah kerana alasan kewangan :

"Menikahlah, Allah SWT akan memberi kecukupan"

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Shuang Dentistry, Yishun
Singapore, 12 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Ahad Petang

بسم الله الرحمن الرحيم

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Antara huraian An-Nur : 31

Ayat sebelumnya memerintahkan kepada kaum lelaki yang beriman untuk menjaga pandangan matanya dan kehormatannya.

Ayat ini adalah padanan ayat sebelumnya, ianya perintah yang sama seperti di atas, yang berlaku juga untuk wanita yang beriman, bukan sekedar wanita yang mengaku Islam.

Dari ayat ini ada beberapa ulama yang mengambil dalil bahawa wanita beriman tidak dibenarkan melihat lelaki sebagaiman lelaki beriman tidak dibenarkan melihat wanita, kerana ianya adalah aurat, apalagi jika disertai syahwat.

Wanita beriman juga diharamkan memperlihatkan hiasan badannya kecuali yang memang sedia ada terlihat, ianya adalah wajah dan telapak tangan, seperti banyak diriwayatkan dalam hadits.

Hadits yang dimaksudkan adalah mengenai aurat, maka wajah dan telapak tangan tidak termasuk aurat, makna tersirat juga bahawa tidak wajib untuk wanita yang beriman untuk berniqab (menutup wajahnya kecuali mata), kecuali jika wajahnya menimbulkan syahwat dan fitnah.

Jika bersama mahramnya, atau sesama wanita muslimah, orang gaji lelaki yang tidak bersyahwat lagi atau hamba sahaya wanita (walau bukan muslimah), maka dibenarkan melepaskannya, pada batas tidak mendatangkan syahwat.

Ayat ini juga mengandungi makna, wanita muslimah tidak dibenarkan menampakkan auratnya di hadapan wanita non muslimah.

Erti terkandung lainnya bahawa wanita yang beriman diwajibkan menutup atau melabuhkan pakaian atas (Khimar) untuk menutup bahagian atas (Juyub) yang diertikan sebagai leher dan dada.

Ianya syarat menutup aurat bahagian atas bahawa leher dan dada mesti tertutup, buah dada termasuk dalam kata (Juyub).

Wanita yang beriman juga tidak dibenarkan memakai (enklet) atau gelang kaki yang bersuara, untuk menunjukkan kewujudannya.

Ayat ini juga boleh diertikan, bahawa wanita muslimah tidak dibenarkan berpakaian yang ada tujuan menarik atau mengundang perhatian lawan jenis.

Jika ianya sudah terlanjur  terjadi maka bertaubatlah, agar menjadi manusia yang beruntung.

Pesanan ayat :

Jika mahu diakui sebagai wanita yang beriman, maka wajib hukumnya untuk menutup aurat.

Jika belum menutup aurat, maka ianya hanya sekedar sebagai wanita muslimah, belum disebut wanita yang beriman.

Menutup aurat tidak sama dengan istilah memakai tudung atau menutup kepala, ada fashion menutup kepala bermacam stylo milo tapi tidak memenuhi syarat menutup aurat.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 11 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Tahlil Umum Haul KHR. ASNAWI;

-Ngajilah kepada para ULAMA', Janganlah kita sampai meninggal kan Ulama. Karena beliau sebagai penuntun kita semua.

-Allah mengambil ilmu itu bukan diambil dari dada seseorang, melainkan dengan cara mengambil jasad para ulama dimana pada diri ulama itulah terkandung ilmu yang banyak sekali. Seperti KHR. ASNAWI, KH. Ma'ruf Asnawi, KH. Yahya Arif, KH. Abdullah Faqih, KH. M. Arwani Amin, dll.

-Jika Ulama sudah banyak meninggal dunia, maka banyak bermunculan orang yang merasa pintar (iso-isonan) yang mengaku Ulama/ Kiai. Ketika orang itu dimintai fatwa, maka tidak tau betul persoalan masalah hukum.

-Semoga kita smua mendapatkan Barokah serta Karomahnya KHR. ASNAWI dan tumbuh generasi penerus KHR. ASNAWI dalam segala bidang.


Salam Sabtu Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Antara huraian An-Nur : 30

Ayat ini khas tentang penjagaan "Kehormatan" dan mata dari melihat yang dilarang oleh agama, namun ianya mempunyai dampak yang besar dalam kehidupan manusia.

Ianya perintah agama untuk menutup mata, tidak melihat perkara yang dicegah agama.

Para sahabat muda pernah memohon izin kepada baginda, yang mereka belum boleh meninggalkan kebiasaan duduk beramai (Indo : Nongkrong) di tepi jalan, maka baginda mengizinkannya dengan syarat :

Menutup mata (jika ada perkara yang dosa untuk dilihatnya), tidak membuat kekacauan, mencegah perkara yang mudarat, memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran.

Baginda pernah ditanya oleh sahabat, bagaimana jika ternampak benda yang terlarang, baginda menjawab : Alihkan pandangan secepatnya.

Baginda juga menjamin tempat di syurga untuk pelaku enam perkara :
1. Jika berkata, dia tidak bohong.
2. Jika diamanati, dia tidak khianat.
3. Jika berjanji, dia tidak ingkar.
4. Menjaga mata dari perkara maksiat.
5. Menjaga tangan dari menulis yang mudarat atau melakukan maksiat dengannya.
6. Menjaga kemaluannya.

Dalam Sahih Bukhari disarikan, bahawa baginda bersabda : Sesiapa yang boleh menjadi benda antara dua dagunya (mulut) dan antara dua kakinya (kemaluan) maka aku menjaminnya syurga.

Dalam ayat, Allah memerintahkan orang yang beriman untuk menjaga pandangannya, bersamaan dengan penjagaan kemaluan atau farji.

Ada beberapa kata hikmah berkaitan penjagaan pandangan :

1. Memandang kepada perkara yang dilarang akan mengundang kerosakan hati.

2. Pandangan kepada maksiat adalah anak panah syaitan.

3. Sesiapa yang menjaga pandangan matanya, maka Allah akan memberikan cahaya pada pandangan hatinya.

Catatan :

Zaman Now, memandang perkara maksiat, tidak semestinya di luar rumah, di jalanan, maksiat telah mendatangi kita.

HP dalam genggaman adalah cabaran mata yang paling dahsyat, tekan apa sahaja yang anda mahu, semua tersedia.

Maka, bijaklah kita dalam penggunaan internet pada HP atau Laptop,  isilah HP dengan aplikasi yang bermanfaat, seperti Al-Quran, kitab atau buku.

Amaran :

Internet, Internet dan Internet.

Tangan dan Mata akan dipertanggung-jawabkan di akhirat nantinya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif 
MRT Yishun - Raffles Place
Singapore, 10 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Jumaat Petang

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَىٰ أَهْلِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَدًا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّىٰ يُؤْذَنَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا ۖ هُوَ أَزْكَىٰ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَاعٌ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ

Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

Antara huraian An-Nur : 27 - 29

Ayat ini berbincang mengenai adab yang diajarkan Al-Quran, semasa hendak bertamu atau masuk rumah bukan rumah sendiri.

Jika kamu (orang yang beriman) hendak masuk rumah selain rumahmu, maka hendaklah meminta izin kepada empunya, sehingga sudah selesa, boleh bersalam atau mengucapkannya salam (jika muslim) , aman, baru dibenarkan masuk.

Jika tuan rumah tidak siap menerima tetamu dan meminta tetamu pulang, maka sebaiknya tetamu pulang.

Hal yang akhir ini, tidak terjadi di negeri Melayu tetapi terjadi dalam budaya orang Arab, seperti yang penulis mengalaminya semasa ziarah kawan yang sedang sakit, tetapi tidak mahu diziarahi.

Dalam syariat (beberapa riwayat hadits) diajarkan, jika bertamu, hendaklah meminta izin kepada tuan rumah (dengan mengucapkan salam atau disertai dengan mengetuk pintu sebanyak tiga kali), jika tiada jawaban, sebaiknya pulang.

Ada hadits yang mencuit hati, semasa Rasulullah SAW bertamu ke rumah Sa'ad Bin Abi Waqqash.

Baginda mengucapkan salam sebagai tanda hendak bertamu, Assalamu alaikum.

Sa'ad berada dalam rumah dan menjawabnya dengan perlahan, baginda tidak mendengar jawaban Sa'ad, baginda mengulanginya tiga kali, dijawab dengan pelan juga.

Baginda berpatah balik untuk pulang, Sa'ad mengejarnya dan bersumpah, bahawa dirinya mendengar dan menjawabnya, hanya saja, dia ingin mendapatkan keberkatan yang lebih dari salamnya baginda, lalu baginda masuk untuk menyampaikan hajatnya, dijamu dengan buah anggur.

Ayat disambung, jika rumah itu tiada penghuni, tiada tuan rumahnya, sedangkan ada harta niaga kamu di dalamnya (sudah dititipkan sebelumnya), maka boleh kamu memasukinya, asal tiada niat jahat. 

Catatan :

Aplikasi ayat untuk saat ini adalah :

Jika kita hendak ziarah atau bertamu, sebaiknya kita maklumkan dulu dengan "SMS, WA atau call" terlebih dahulu, sama ada tuan rumah berkelapangan masa, bersedia atau tidak.

Jika rumah yang tiada tuan rumah, tiada didiami seterusnya, saat ini boleh diertikan dengan Hotel, Motel, Guest House, Apartment Service, yang di mana barangan (luggage) kita ada di dalamnya, maka dibenarkan kita masuk jika kita sudah mendaftar sebelumnya, walaupun tiada penjaga pada masa itu.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Auditorium MUIS
Haflah 2018 Madrasah Al Irsyad
Singapore, 09 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Khamis Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ ۖ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ ۚ أُولَٰئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ ۖ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Antara huraian An-Nur : 26

Merujuk kepada sebab turunnya beberapa ayat sebelumnya, ianya mengenai Aisyah dan Safuan, maka mereka termasuk orang-orang yang baik.

Aisyah dan pasangannya (baginda Rasul) adalah orang yang baik, begitu juga Safuan, maka ayat ini menjelaskan bebasnya mereka (Mubarrouun) dari tuduhan yang tidak beralas.

Ibnu Abbas menambahkan tafsirannya, bahawa perkataan yang buruk, selalunya keluar dari orang yang (hatinya) buruk, sebaliknya, perkataan yang baik itu selalunya keluar dari lisan orang yang baik.

Orang yang buruk / jahat, yang ada dalam fikirannya adalah perkara yang buruk atau jahat dan itu yang akan keluar dari mulutnya.

Ada juga yang mengaitkan ayat ini tentang KUFUW atau seimbang dalam pasangan hidup.

Orang yang baik, selalunya mendapat jodoh atau pasangan yang baik juga, begitu juga orang yang jahat, pasangannya biasanya jahat juga.

Kufuw, lebih kepada rohani atau spritualnya, bukan pada materialnya, ini jika dipandang dari sudut agama.

Ada juga yang melihatnya dari segi ekonomi atau profesinya, cikgu bernikah dengan cikgu, jururawat berkahwin dengan jururawat, polis berjodoh dengan polis dan seterusnya.

Apapun, ukuran kufuw dalam agama itu lebih utama, lebih aman dalam membina rumah tangga, apapun profesinya.

Catatan :

Selalunya, orang yang baik, akan berada di lingkungan yang baik, juga bersama dengan kumpulan orang baik.

Jika mahu tahu akan kebaikan seseorang, lihatlah siapa yang di sekeliling, begitu juga sebaliknya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 08 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Rabu Tengah Hari

بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.

يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ اللَّهُ دِينَهُمُ الْحَقَّ وَيَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ الْمُبِينُ

Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.

Antara huraian  An-Nur : 23 - 25

Sesiapa yang menuduh wanita yang sudah bernikah, yang tidak terfikir masalah perzinaan (Ghoofilat), yang beriman, maka orang yang menuduh itu (tanpa saksi) akan dilaknat (dijauhkan dari rahmat Allah) masa di dunia dan akan mendapatkan siksa yang berat di akhirat (jika tidak bertaubat sebelum kematiannya).

Ayat ini asalnya khas untuk yang menuduh Aisyah bermain kayu tiga, tanpa adanya saksi, kemudian ayat ini menjadi am untuk semua yang menuduh tanpa saksi.

Di akhirat nantinya, tangan dan kaki mereka menjadi saksi perbuatan mereka di dunia.

Tangan yang dulu suka bercakap atau manulis,  menviralkan berita hoax di medsos (media social seperti WA, FB, Twitter dan lainnya) maka di akhirat nantinya dia juga akan menjadi saksi akan perbuatannya sendiri.

Di hari kiamat, semua amalannya akan dibalas sempurna sesuai amalannya.

Allah SWT maha benar dan jelas hisabnya.

Kata (Diin) di ayat ini bermakna hisab atau hari kiraan amal.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun Singapore, 07 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


*07 Maret 2018*

TAJWID DALAM CINTA
Oleh : Gunawan Rukmanto

Sayang, saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan Saktah... hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar... . .

Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada... .

Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar, Jelas dan terang... .

Jika Mim Mati bertemu Ba disebut ikhfa Syafawi, maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta... .

Sejenak pandangan kita bertemu, lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham Mutamaatsilain.­..melebur jadi satu.

Cintaku padamu seperti Mad Lazim .. Paling panjang di antara yang lainnya... .

Setelah kau terima cintaku nanti, 
hatiku rasanya seperti Qalqalah Kubro.. terpantul-pantul dengan keras... .

Dan akhirnya setelah lama kita bersama, Cinta kita seperti Iqlab, 
ditandai dengan dua hati yang menyatu.. Sayangku padamu seperti Mad Thobi'i dalam quran... #Buanyaaakkk beneerrrrr....

Semoga dalam hubungan, 
kita ini kayak idgham Bilaghunnah ya, Cuma berdua, Lam dan Ro' .. .

Layaknya Waqaf Mu'annaqah, 
engkau hanya boleh berhenti di salah satunya, dia atau aku?

Meski perhatianku ga terlihat kaya Alif Lam Syamsiah, Cintaku padamu seperti Alif Lam Qomariah, terbaca jelas... .

Sayang, kau dan aku seperti Idghom Mutajanisain... perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya...

Aku harap cinta kita seperti Waqaf Lazim, terhenti sempurna di akhir hayat...

Sama halnya dgn Mad 'Aridh dimana tiap mad bertemu Lin Sukun Aridh akan berhenti, seperti itulah pandanganku ketika melihatmu... .

Layaknya huruf Tafkhim, namamu pun bercetak tebal di fikiranku

Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja, begitu juga aku yang hanya untukmu.

Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti Mad Aridlisukun ... 

*Pilkada 2018*


Salam Selasa Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Antara huraian  An-Nur : 22

Kumpulan 10 ayat (12-22) adalah berkenaan pembebasan Aisyah r.a yang dituduh bermain kayu tiga dengan Safuan, ianya sekaligus pendidikan penjagaan maruah diri dan orang lain.

Ramai yang bertaubat setelah turunnya ayat-ayat ini, ramai mereka yang termakan berita palsu (HOAX).

Ayat 22 ini sebabnya khas, namun ianya menjadi pelajaran untuk am, bermula semasa Misthah Bin Atsatsah terikut-terikut menviralkan berita hoax di atas, maka Abu Bakar r.a bersumpah untuk tidak memberinya nafkah lagi.

(Nota) Misthah adalah orang miskin yang ikut Abu Bakar berhijrah ke Madinah, beliau masih pangkat sepupu, maka Abu Bakar yang menanggung nafkah hariannya.

Semasa Misthah terikut menviralkan berita hoax, maka Abu Bakar marah dan bersumpah tidak memberikannya nafkah lagi, kerana yang ada dalam berita itu adalah Aisyah (puteri Abu Bakar sendiri).

Maka, ayat ini menawarkan rekonsiliasi (rujuk damai) dengan tawaran : Abu Bakar, sukakah kamu, mahukah kamu mendapatkan ampunan Allah? Kalau mahu ampunan Allah, ampunkan Misthah, berilah nafkahnya kembali.

Maka beliau memaafkan, mengampunkan dan kembali memberinya nafkah seperti biasa.

Catatan :

1. *Memaafkan dan mengampunkan adalah sifat utama Allah SWT, jika manusia hendak kemaafan dan pengampunan Allah, maka maafkan dan ampunkan kesalahan manusia lainnya*.

2. *Memaafkan kesalahan orang lain lebih ringan di hati dan lebih indah daripada menyimpannya*.

3. *Hati akan lapang dan damai jika tiada simpan kesalahan orang lain dan tiada simpan dendam kepada orang lain*.

4. *Hidup itu singkat, nikmati dan gunakan sebaik-baiknya untuk kebahagiaan diri dan sekeliling, di dunia dan akhirat*.

Wallahu a'lam

Salam Selasa Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Antara huraian  An-Nur : 22

Kumpulan 10 ayat (12-22) adalah berkenaan pembebasan Aisyah r.a yang dituduh bermain kayu tiga dengan Safuan, ianya sekaligus pendidikan penjagaan maruah diri dan orang lain.

Ramai yang bertaubat setelah turunnya ayat-ayat ini, ramai mereka yang termakan berita palsu (HOAX).

Ayat 22 ini sebabnya khas, namun ianya menjadi pelajaran untuk am, bermula semasa Misthah Bin Atsatsah terikut-terikut menviralkan berita hoax di atas, maka Abu Bakar r.a bersumpah untuk tidak memberinya nafkah lagi.

(Nota) Misthah adalah orang miskin yang ikut Abu Bakar berhijrah ke Madinah, beliau masih pangkat sepupu, maka Abu Bakar yang menanggung nafkah hariannya.

Semasa Misthah terikut menviralkan berita hoax, maka Abu Bakar marah dan bersumpah tidak memberikannya nafkah lagi, kerana yang ada dalam berita itu adalah Aisyah (puteri Abu Bakar sendiri).

Maka, ayat ini menawarkan rekonsiliasi (rujuk damai) dengan tawaran : Abu Bakar, sukakah kamu, mahukah kamu mendapatkan ampunan Allah? Kalau mahu ampunan Allah, ampunkan Misthah, berilah nafkahnya kembali.

Maka beliau memaafkan, mengampunkan dan kembali memberinya nafkah seperti biasa.

Catatan :

1. *Memaafkan dan mengampunkan adalah sifat utama Allah SWT, jika manusia hendak kemaafan dan pengampunan Allah, maka maafkan dan ampunkan kesalahan manusia lainnya*.

2. *Memaafkan kesalahan orang lain lebih ringan di hati dan lebih indah daripada menyimpannya*.

3. *Hati akan lapang dan damai jika tiada simpan kesalahan orang lain dan tiada simpan dendam kepada orang lain*.

4. *Hidup itu singkat, nikmati dan gunakan sebaik-baiknya untuk kebahagiaan diri dan sekeliling, di dunia dan akhirat*.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-Bishan
Singapore, 06 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
MRT Yishun-Bishan
Singapore, 06 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget