NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AN-NUR AYAT 30"


Salam Sabtu Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Antara huraian An-Nur : 30

Ayat ini khas tentang penjagaan "Kehormatan" dan mata dari melihat yang dilarang oleh agama, namun ianya mempunyai dampak yang besar dalam kehidupan manusia.

Ianya perintah agama untuk menutup mata, tidak melihat perkara yang dicegah agama.

Para sahabat muda pernah memohon izin kepada baginda, yang mereka belum boleh meninggalkan kebiasaan duduk beramai (Indo : Nongkrong) di tepi jalan, maka baginda mengizinkannya dengan syarat :

Menutup mata (jika ada perkara yang dosa untuk dilihatnya), tidak membuat kekacauan, mencegah perkara yang mudarat, memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran.

Baginda pernah ditanya oleh sahabat, bagaimana jika ternampak benda yang terlarang, baginda menjawab : Alihkan pandangan secepatnya.

Baginda juga menjamin tempat di syurga untuk pelaku enam perkara :
1. Jika berkata, dia tidak bohong.
2. Jika diamanati, dia tidak khianat.
3. Jika berjanji, dia tidak ingkar.
4. Menjaga mata dari perkara maksiat.
5. Menjaga tangan dari menulis yang mudarat atau melakukan maksiat dengannya.
6. Menjaga kemaluannya.

Dalam Sahih Bukhari disarikan, bahawa baginda bersabda : Sesiapa yang boleh menjadi benda antara dua dagunya (mulut) dan antara dua kakinya (kemaluan) maka aku menjaminnya syurga.

Dalam ayat, Allah memerintahkan orang yang beriman untuk menjaga pandangannya, bersamaan dengan penjagaan kemaluan atau farji.

Ada beberapa kata hikmah berkaitan penjagaan pandangan :

1. Memandang kepada perkara yang dilarang akan mengundang kerosakan hati.

2. Pandangan kepada maksiat adalah anak panah syaitan.

3. Sesiapa yang menjaga pandangan matanya, maka Allah akan memberikan cahaya pada pandangan hatinya.

Catatan :

Zaman Now, memandang perkara maksiat, tidak semestinya di luar rumah, di jalanan, maksiat telah mendatangi kita.

HP dalam genggaman adalah cabaran mata yang paling dahsyat, tekan apa sahaja yang anda mahu, semua tersedia.

Maka, bijaklah kita dalam penggunaan internet pada HP atau Laptop,  isilah HP dengan aplikasi yang bermanfaat, seperti Al-Quran, kitab atau buku.

Amaran :

Internet, Internet dan Internet.

Tangan dan Mata akan dipertanggung-jawabkan di akhirat nantinya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif 
MRT Yishun - Raffles Place
Singapore, 10 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget