NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AN-NUR AYAT 27-29"


Salam Jumaat Petang

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَىٰ أَهْلِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَدًا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّىٰ يُؤْذَنَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا ۖ هُوَ أَزْكَىٰ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَاعٌ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ

Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

Antara huraian An-Nur : 27 - 29

Ayat ini berbincang mengenai adab yang diajarkan Al-Quran, semasa hendak bertamu atau masuk rumah bukan rumah sendiri.

Jika kamu (orang yang beriman) hendak masuk rumah selain rumahmu, maka hendaklah meminta izin kepada empunya, sehingga sudah selesa, boleh bersalam atau mengucapkannya salam (jika muslim) , aman, baru dibenarkan masuk.

Jika tuan rumah tidak siap menerima tetamu dan meminta tetamu pulang, maka sebaiknya tetamu pulang.

Hal yang akhir ini, tidak terjadi di negeri Melayu tetapi terjadi dalam budaya orang Arab, seperti yang penulis mengalaminya semasa ziarah kawan yang sedang sakit, tetapi tidak mahu diziarahi.

Dalam syariat (beberapa riwayat hadits) diajarkan, jika bertamu, hendaklah meminta izin kepada tuan rumah (dengan mengucapkan salam atau disertai dengan mengetuk pintu sebanyak tiga kali), jika tiada jawaban, sebaiknya pulang.

Ada hadits yang mencuit hati, semasa Rasulullah SAW bertamu ke rumah Sa'ad Bin Abi Waqqash.

Baginda mengucapkan salam sebagai tanda hendak bertamu, Assalamu alaikum.

Sa'ad berada dalam rumah dan menjawabnya dengan perlahan, baginda tidak mendengar jawaban Sa'ad, baginda mengulanginya tiga kali, dijawab dengan pelan juga.

Baginda berpatah balik untuk pulang, Sa'ad mengejarnya dan bersumpah, bahawa dirinya mendengar dan menjawabnya, hanya saja, dia ingin mendapatkan keberkatan yang lebih dari salamnya baginda, lalu baginda masuk untuk menyampaikan hajatnya, dijamu dengan buah anggur.

Ayat disambung, jika rumah itu tiada penghuni, tiada tuan rumahnya, sedangkan ada harta niaga kamu di dalamnya (sudah dititipkan sebelumnya), maka boleh kamu memasukinya, asal tiada niat jahat. 

Catatan :

Aplikasi ayat untuk saat ini adalah :

Jika kita hendak ziarah atau bertamu, sebaiknya kita maklumkan dulu dengan "SMS, WA atau call" terlebih dahulu, sama ada tuan rumah berkelapangan masa, bersedia atau tidak.

Jika rumah yang tiada tuan rumah, tiada didiami seterusnya, saat ini boleh diertikan dengan Hotel, Motel, Guest House, Apartment Service, yang di mana barangan (luggage) kita ada di dalamnya, maka dibenarkan kita masuk jika kita sudah mendaftar sebelumnya, walaupun tiada penjaga pada masa itu.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Auditorium MUIS
Haflah 2018 Madrasah Al Irsyad
Singapore, 09 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget