Salam Jumaat Pagi
بسم الله الرحمن الرحيم
فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِنْ ضُرٍّ ۖ وَآتَيْنَاهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُمْ مَعَهُمْ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَذِكْرَىٰ لِلْعَابِدِينَ
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
Antara huraian Al-Anbiya' : 84
Baginda Nabi Ayyub a.s diberi banyak ujian, baginda terus bersabar dan bersyukur.
Baginda hanya mengadu kepada Allah bahawa beliau sedang sakit, ditemani isterinya.
Diriwayatkan namanya adalah Rahmah, ada juga yang menyebutkan bahawa namanya adalah Layya (dalam Bible disebut Dinah Jacob).
Siapa bapa Layya? Ada riwayat menyatakan Layya Binte Minasya Bin Yusuf Bin Ya'qub, ada kata Layya Binte Ya'qub (Jacob).
Setelah bersabar bertahun-tahun maka Allah mengembalikan nikmat-nikmat kepadanya, diangkatnya segala musibah dan penyakit, dikembalikan anak-anaknya, diriwayatkan beliau mendapatkan zuriat lagi yang menggantikan zuriat yang wafat.
Catatan :
Kesabaran akan membuahkan segala kebaikan, berusaha atau ikhtiar menarik kejayaan.
Usaha dan Sabar mengahasilkan perkara yang dihajatkan dengan izin Allah.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 01 Dis 2017
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar