Salam Khamis Malam
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
Antara huraian Al-Anbiya' : 83
Secebis cerita mengenai Nabi Ayyub a.s (dalam Bible disebut Job), Baginda adalah keturunan Romawi, tepatnya Ayub Bin Amush Bin Razih Bin Rum Bin Aish Bin Ishaq (Issac) Bin Ibrahim (Abraham), sedangkan ibunya adalah antara anak Nabi Luth Bin Haran.
Singkat cerita, baginda diberi ujian yang banyak dan bertubi-tubi.
Imam Al-Showi bercerita bahawa Iblis/Efrit boleh mendengar pujian para Malaikat atas kesalehan dan ketaatan Ayyub a.s, dia dengki atas pujian itu dan mengadu kepada Allah.
Tuhanku, Ayyub itu taat kerana engkau memberinya berbagai kelebihan dan kenikmatan, cuba hilangkan nikmat itu, pastinya dia akan berubah.
Maka Allah menjadikan Ayyub muflis atau bengkrap (Indo : bangkrut) dan mula melemah badannya, tapi Ayyub masih bersyukur.
Kemudian harta aset dan ternakan (onta) baginda terbakar, iblis mendatanginya dan memberitahunya, tapi beliau tetap meneruskan solat dan bersyukur sambil berkata : Allah yang memberinya, Allah yang mengambilnya.
Lalu Efrit menjerit di depan ternakan kambing baginda, semua kambing itu mati, juga sawah ladangnya terbakar, baginda tetap bersyukur semasa diberitahu.
Kemudian rumahnya runtuh kerana gempa, sedangkan anak-anaknya di dalamnya dan wafat kerananya, Iblis menyerupai orang Alim, bernama Juraij (Goerge) dan memberitahunya, lalu baginda rasa bersedih.
Lalu Allah memberitahunya bahawa Juraij itu sebenarnya Iblis, lalu baginda beristighfar, Iblis menyesal merasa kalah.
Seterusnya baginda diberi ujian sakit seluruh badannya kecuali hati dan lisannya, baginda diberi sakit selama 3 tahun, riwayat lainnya 7 atau 18 tahun.
Baginda sakit teruk sehingga tiada yang sanggup menjaganya kecuali isterinya, tapi baginda tetap bersyukur.
Tiada sesiapa tempat mengadu melainkan Allah sahaja, Ya Rabb, saya mengalami sakit, engkaulah yang Maha Pengasih.
Siapa nama isterinya dan bagaimana cerita selanjutnya?
Kita ikuti kelanjutannya esok insyallah.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun Singapore, 30 Nov 2017
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar