Salam Rabu Pagi
بسم الله الرحمن الرحيم
وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا ۚ وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَالِمِينَ
Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
وَمِنَ الشَّيَاطِينِ مَنْ يَغُوصُونَ لَهُ وَيَعْمَلُونَ عَمَلًا دُونَ ذَٰلِكَ ۖ وَكُنَّا لَهُمْ حَافِظِينَ
Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu; dan adalah Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya).
Antara huraian Al-Anbiya' : 81 - 82
Melanjutkan cerita Nabi Sulaiman a.s, bahawa baginda diberi mukjizat boleh mengarahkan atau menguasai angin, baik angin yang kencang atau yang pelan sepoi sepoi.
Dimaklumkan jika baginda hendak memindahkan barangan kerajaan ke kawasan lainnya, contohnya dari Jordan ke Syria (Negeri yang penuh berkah), maka barangan tersebut diletakkannya di atas kayu tipis, baginda memerintahkan angin untuk menerbangkannya bersama Beliau ke tempat yang dituju (Shod : 36).
Kecepatan angin adalah perjalanan setengah hari sama dengan perjalanan sebulan dengan binatang (Saba : 12)
Dari ayat ini, beredar cerita carpet atau permaidani terbang, juga ianya adalah kapal terbang pertama, yang menggunakan kuasa angin.
Mukjizat lainnya adalah bahawa baginda boleh menguasai dan mempekerjakan syaitan (jin jahat atau kafir) dengan berbagai pekerjaan, siang dan malam, sehingga mereka tiada masa untuk mengganggu manusia.
Mereka mencari permata di dalam lautan, membina kerajaan dan banyak lagi pekerjaan.
Antara yang dibawah jagaannya adalah Jin Efrit (An-Naml : 39).
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun Singapore, 29 Nov 2017
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar