Salam Selasa Pagi
بسم الله الرحمن الرحيم
وَدَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِي الْحَرْثِ إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ الْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَاهِدِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.
فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ ۚ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ ۚ وَكُنَّا فَاعِلِينَ
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
وَعَلَّمْنَاهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَكُمْ لِتُحْصِنَكُمْ مِنْ بَأْسِكُمْ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ شَاكِرُونَ
Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?
Antara huraian Al-Anbiya' : 78 - 80
Selanjutnya ayat bercerita mengenai Daud dan Sulaiman, cerita ayah dan anak, yang keduanya diberi kelebihan Allah sebagai Rasul dan Raja.
Antara tugas mereka juga adalah sebagai qadhi atau Hakim, diceritakan oleh Ibnu Abbas :
Pada suatu malam, ada beberapa kambing masuk dan merosak kebun petani, hal ini kerana kelekaan pemilik kambing, maka petani mengadu kepada Nabi Daud dan mendapatkan keputusan bahawa semua kambing yang merosak kebun itu mesti diserahkan kepada pemilik kebun, sebagai ganti rugi.
Nabi Sulaiman a.s tidak bersetuju dengan keputusan ayahnya, lalu memberi masukan kepadanya agar memutuskan :
1. Kambing diserahkan kepada pemilik kebun untuk sementara, untuk diambil manfaat susu dan bulunya.
2. Pemilik kambing mesti menanamkan kembali tanaman seperti tanaman yang rosak hingga tumbuh.
3. Jika tanaman sudah tumbuh, maka kambing kena dikembalikan kepada pemiliknya.
Keputusan ini lebih adil, lebih menjaga silaturrahim antara keduanya, bukan sekedar ganti rugi.
Nabi Daud bersetuju dengan cadangan anaknya, yang memang Allah memberinya hikmah kebijaksanaan kepadanya.
Allah memberi kelebihan Nabi Daud a.s hingga boleh menaklukkan gunung, menjadikan tembaganya / besinya menjadi pakaian perang dan boleh memahami bahasa burung.
Apapun, keduanya telah diberi ilmu kebijaksanaan, sehingga tiada yang salah antara keduanya.
Catatan :
1. Ayat 79 menyatakan bahawa keduanya diberi illy dan hikmah, tiada kekurangan pada keduanya.
2. Sudah menjadi lumrah, jika anak berselisih pandangan dengan sang ayah, ayah mesti memahami pandangan anak, bahkan terkadang perlu menyokongnya.
3. Terkadang, anak itu lebih bijak dari sang ayah kerana berbezaan ilmu dan lingkungan.
4. Apapun, sehebat dan sebijak apapun, anak tetap wajib hormat kepada ayah dan ibunya.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
MRT Yishun - Redhill
Singapore, 28 Nov 2017
13th Anniversary.
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar