Salam Isnin Petang
بسم الله الرحمن الرحيم
وَنُوحًا إِذْ نَادَىٰ مِنْ قَبْلُ فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَنَجَّيْنَاهُ وَأَهْلَهُ مِنَ الْكَرْبِ الْعَظِيمِ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar.
وَنَصَرْنَاهُ مِنَ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ
Dan Kami membelanya dari angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat; lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dengan taufan).
Antara huraian Al-Anbiya' : 76 - 77
Selanjutnya ayat menyebut nama Nabi Nuh (Noah) yang hidup jauh sebelum Nabi Ibrahim dan Luth a.s.
Baginda banyak berdoa agar diselematkan dari segala musibah yang disebabkan oleh keingkaran umatnya.
Tiba masanya selepas cukup masa berdakwah, maka baginda dan ahlinya (para pengikutnya) diselematkan dari banjir besar yang meneggelamkan seluruh kawasan jajahan dakwahnya.
Ramai kaumnya yang mendustakan dakwah baginda walau baginda sudah dengan sabarnya membimbing mereka dalam masa 950 tahun.
Semua yang mendustakan baginda ditenggelamkan atau dibinasakan, bahkan termasuk juga anak kandungnya sendiri yang bernama Kan'an.
Catatan :
Kata "Ahli" dalam Al-Quran mempunyai berbagai makna, antaranya : Isteri, keluarga, kaum/umat/pengikut juga para pakar.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun Singapore, 27 Nov 2017
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar