Salam Ahad Petang
بسم الله الرحمن الرحيم
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Antara huraian An-Nur : 31
Ayat sebelumnya memerintahkan kepada kaum lelaki yang beriman untuk menjaga pandangan matanya dan kehormatannya.
Ayat ini adalah padanan ayat sebelumnya, ianya perintah yang sama seperti di atas, yang berlaku juga untuk wanita yang beriman, bukan sekedar wanita yang mengaku Islam.
Dari ayat ini ada beberapa ulama yang mengambil dalil bahawa wanita beriman tidak dibenarkan melihat lelaki sebagaiman lelaki beriman tidak dibenarkan melihat wanita, kerana ianya adalah aurat, apalagi jika disertai syahwat.
Wanita beriman juga diharamkan memperlihatkan hiasan badannya kecuali yang memang sedia ada terlihat, ianya adalah wajah dan telapak tangan, seperti banyak diriwayatkan dalam hadits.
Hadits yang dimaksudkan adalah mengenai aurat, maka wajah dan telapak tangan tidak termasuk aurat, makna tersirat juga bahawa tidak wajib untuk wanita yang beriman untuk berniqab (menutup wajahnya kecuali mata), kecuali jika wajahnya menimbulkan syahwat dan fitnah.
Jika bersama mahramnya, atau sesama wanita muslimah, orang gaji lelaki yang tidak bersyahwat lagi atau hamba sahaya wanita (walau bukan muslimah), maka dibenarkan melepaskannya, pada batas tidak mendatangkan syahwat.
Ayat ini juga mengandungi makna, wanita muslimah tidak dibenarkan menampakkan auratnya di hadapan wanita non muslimah.
Erti terkandung lainnya bahawa wanita yang beriman diwajibkan menutup atau melabuhkan pakaian atas (Khimar) untuk menutup bahagian atas (Juyub) yang diertikan sebagai leher dan dada.
Ianya syarat menutup aurat bahagian atas bahawa leher dan dada mesti tertutup, buah dada termasuk dalam kata (Juyub).
Wanita yang beriman juga tidak dibenarkan memakai (enklet) atau gelang kaki yang bersuara, untuk menunjukkan kewujudannya.
Ayat ini juga boleh diertikan, bahawa wanita muslimah tidak dibenarkan berpakaian yang ada tujuan menarik atau mengundang perhatian lawan jenis.
Jika ianya sudah terlanjur terjadi maka bertaubatlah, agar menjadi manusia yang beruntung.
Pesanan ayat :
Jika mahu diakui sebagai wanita yang beriman, maka wajib hukumnya untuk menutup aurat.
Jika belum menutup aurat, maka ianya hanya sekedar sebagai wanita muslimah, belum disebut wanita yang beriman.
Menutup aurat tidak sama dengan istilah memakai tudung atau menutup kepala, ada fashion menutup kepala bermacam stylo milo tapi tidak memenuhi syarat menutup aurat.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 11 Mac 2018
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar