Salam Isnin Petang
بسم الله الرحمن الرحيم
وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Antara An-Nur : 32
Antara cara penjagaan pandangan dan maruah (kehormatan) adalah dengan menikah.
Ayat ini perintah untuk menikah (sehingga ada yang mengatakan bahawa nikah itu wajib untuk yang sudah berkemampuan, berdasar kalimat perintah yang ada itu asalnya wajib).
Pendapat yang kuat adalah Sunnah, berdasar hadits yang ertinya, Baginda bersabda : "Sesiapa yang membenci sunnahku, maka tiada termasuk dari umatku", antara sebab hadits di atas adalah nikah.
Ianya perintah untuk berkahwin atau nikah dengan AYAMA, hamba sahaya lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah.
Ayama adalah orang yang bukan hamba sahaya, yang tidak bersuami atau beristeri, sama ada belum pernah nikah atau sudah pernah dan bercerai (hidup atau wafat).
Masa ayat ini diturunkan masih ada yang berstatus hamba, maka syariat membenarkan umat Islam bernikah dengan mereka, sebagai symbol equality atau kesamaan darjah manusia.
Perhambaan adalah warisan jahiliyyah, sebelum datangnya syariat yang dibawa baginda Rasul.
Dalam ayat juga ada janji Allah : Jika kamu masih fakir (belum berkecukupan) dan mahu bernikah, maka Allah akan memberimu kekayaan dari anugerah-Nya (setelah bernikah).
Kekayaan diertikan dengan kecukupan, itu yang lebih utama dan tepat, kerana jika kaya diukur dengan banyaknya harta, ianya sering tidak sesuai.
Abu Bakar r.a : Taatilah Allah dalam perintah bernikah, niscaya Allah akan menunaikan janji-Nya dalam memberi kecukupan.
Rasul pernah menikahkan lelaki yang tidak mempunyai barangan untuk mahar, akhirnya dinikahkan dengan mengajarkan isterinya akan Al-Quran sebagai maharnya, yang akhirnya hidup berkecukupan.
Jika sudah menikah, tapi hidupnya masih tidak berkecukupan, maka jangan salahkan Al-Quran atau ayat, sebaliknya, lihatlah diri sendiri, adakah sudah cukup syarat sebagai hamba-Nya.
Ada beberapa riwayat mengenainya galakan menikah, antaranya :
1. Rasul bersabda : "Wahai para pemuda, jika kamu ada kemampuan (mahar, mental dan lainnya), maka bernikahlah, kerana ianya lebih boleh menjaga pandangan dan kehormatan, jika belum mampu, sebaiknya berpuasa, kerana ianya adalah perisai (akan nafsu)".
2. Rasulullah bersabda : "Kahwinlah dengan wanita yang subur, beranaklah (yang ramai), kerana aku bangga dengan ramainya umatku (yang baik) di hadapan umat lainnya di hari kiamat.
Pesanan penting untuk yang belum atau tidak berani menikah kerana alasan kewangan :
"Menikahlah, Allah SWT akan memberi kecukupan"
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Shuang Dentistry, Yishun
Singapore, 12 Mac 2018
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar