"NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AN-NUR AYAT 35"



Salam Khamis Petang

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Antara huraian An-Nur : 35

Ayat ini sebagai perumpamaan orang yang beriman itu bagaikan cahaya.

Allah SWT menerangi alam semesta dengan matahari, bintang dan bulan.

Allah SWT menerangi hati manusia dengan keimanan dan ketaqwaan.

Orang yang beriman hakikatnya diberi cahaya berupa keimanan itu sendiri, yang bermula dari cahaya Al-Quran.

Zahirnya orang beriman itu bercahaya, menerangi alam sekitar dengan cahaya keimanannya, dengan amal dan perangai yang baik.

Zahirnya manusia bermula dari batinnya, jika batinnya baik, maka akan keluar yang baik-baik sahaja, begitu juga sebaliknya.

Ibaratanya dalam ayat, kandil yang terbuat dari kaca,  dalamnya adalah lampu yang berisi minyak zaitun, yang sangat jernih, sehingga seakan ianya sendiri sudah bercahaya.

Pokok Zaitun itu penuh keberkatan, kemanfaatan, semua bahagian pokoknya ada manfaatnya, begitu juga orang yang beriman, akan sentiasa bermanfaat, diamnya, bicaranya, tulisannya, semua bermanfaat.

Pokok Zaitun itu tumbuhnya di tengah alam, yang sentiasa terkena sinaran matahari, ertinya orang yang beriman sentiasa menerima ilmu, teguran dan perkara lainnya yang bermanfaat.

Cahaya atas cahaya, hidupnya sentiasa menyinari, mewarnai alam sekeliling dengan kemanfaatannya.

Cahaya Allah SWT akan diberikan kepada yang dikehendaki.

Cahaya mengikut tafsiran Imam Waki' (guru Imam Syafie) adalah ilmu, ilmu Allah adalah cahaya, cahaya Allah tidak diberikan kepada hati yang kotor (dengan maksiat dan kejahatan).

Allah maha berilmu, maha mengetahui akan segalanya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 15 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget