"NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AN-NUR AYAT 34"


Salam Rabu Petang

بسم الله الرحمن الرحيم

وَلَقَدْ أَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ آيَاتٍ مُبَيِّنَاتٍ وَمَثَلًا مِنَ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ

Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Antara huraian An-Nur : 34

Allah SWT menyatakan bahawa Dia telah menurunkan atau mewahyukan Al-Quran, yang berupa kumpulan ayat yang jelas.

Al-Quran menjelaskan amalan yang salah, menggantinya dengan tauhid yang jelas, bahawa tuhan hanya satu.

Ianya juga berisi cerita kaum terdahulu, juga yang sedang berlaku (seperti cerita hoax pada ayat sebelumnya) dan yang akan terjadi (seperti keadaan kaum di hari akhirat).

Maka, tiada satu buku atau catatan di dunia ini yang boleh merangkumi cerita atau peristiwa sepanjang zaman, bahkan hingga akhirat, kecuali Al-Quran.

Semua yang termaktub dalam Al-Quran boleh menjadi Mauidzoh atau iktibar untuk orang yang bertaqwa.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring@ Yishun
Singapore, 14 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget