NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AN-NUR AYAT 22"

Salam Selasa Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Antara huraian  An-Nur : 22

Kumpulan 10 ayat (12-22) adalah berkenaan pembebasan Aisyah r.a yang dituduh bermain kayu tiga dengan Safuan, ianya sekaligus pendidikan penjagaan maruah diri dan orang lain.

Ramai yang bertaubat setelah turunnya ayat-ayat ini, ramai mereka yang termakan berita palsu (HOAX).

Ayat 22 ini sebabnya khas, namun ianya menjadi pelajaran untuk am, bermula semasa Misthah Bin Atsatsah terikut-terikut menviralkan berita hoax di atas, maka Abu Bakar r.a bersumpah untuk tidak memberinya nafkah lagi.

(Nota) Misthah adalah orang miskin yang ikut Abu Bakar berhijrah ke Madinah, beliau masih pangkat sepupu, maka Abu Bakar yang menanggung nafkah hariannya.

Semasa Misthah terikut menviralkan berita hoax, maka Abu Bakar marah dan bersumpah tidak memberikannya nafkah lagi, kerana yang ada dalam berita itu adalah Aisyah (puteri Abu Bakar sendiri).

Maka, ayat ini menawarkan rekonsiliasi (rujuk damai) dengan tawaran : Abu Bakar, sukakah kamu, mahukah kamu mendapatkan ampunan Allah? Kalau mahu ampunan Allah, ampunkan Misthah, berilah nafkahnya kembali.

Maka beliau memaafkan, mengampunkan dan kembali memberinya nafkah seperti biasa.

Catatan :

1. *Memaafkan dan mengampunkan adalah sifat utama Allah SWT, jika manusia hendak kemaafan dan pengampunan Allah, maka maafkan dan ampunkan kesalahan manusia lainnya*.

2. *Memaafkan kesalahan orang lain lebih ringan di hati dan lebih indah daripada menyimpannya*.

3. *Hati akan lapang dan damai jika tiada simpan kesalahan orang lain dan tiada simpan dendam kepada orang lain*.

4. *Hidup itu singkat, nikmati dan gunakan sebaik-baiknya untuk kebahagiaan diri dan sekeliling, di dunia dan akhirat*.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-Bishan
Singapore, 06 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
MRT Yishun-Bishan
Singapore, 06 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget