NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AL-HAJJ 15-16"


Salam Khamis Tengah Hari

بسم الله الرحمن الرحيم

مَنْ كَانَ يَظُنُّ أَنْ لَنْ يَنْصُرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ فَلْيَمْدُدْ بِسَبَبٍ إِلَى السَّمَاءِ ثُمَّ لْيَقْطَعْ فَلْيَنْظُرْ هَلْ يُذْهِبَنَّ كَيْدُهُ مَا يَغِيظُ

Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong Nabi Muhammad dalam dunia ini dan di akhirat kelak, maka hendaklah ia menghulurkan tali (serta mengikatnya) di bumbong rumahnya, kemudian hendaklah ia menjerut lehernya (supaya ia mati tercekek); dalam pada itu hendaklah ia memikirkan lebih dahulu, adakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahannya?

وَكَذَٰلِكَ أَنْزَلْنَاهُ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ وَأَنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يُرِيدُ

Dan demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata; dan sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya).

Antara huraian Al-Hajj : 15 - 16

Ayat ini menunjukkan janji Allah untuk menolong baginda Rasul dan agamanya, namun dalam bentuk kiasan dan soalan.

Seakan berfirman : Aku akan menolong Muhammad dan agamanya walau berbagai rencana jahat orang yang ingkar berlaku ke atasnya, mereka akan kecewa bahkan dan mati dalam kekecewaannya.

Mereka marah dan kecewa seakan ibaratnya mereka akan gantung diri kerana kejayaan baginda dalam dakwahnya.

Al-Quran diturunkan untuk panduan hidup manusia, ramai yang hidup berpanduan dengannya, tapi ramai juga yang tidak diberi kesempatan untuk melihatnya apalagi menjadikannya sebagai panduan.

Hidayah Allah akan diberikan kepada yang dikehendaki oleh-nya sahaja.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun Singapore, 21 Dis 2017

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget