Salam Selasa Pagi
بسم الله الرحمن الرحيم
يَحْسَبُونَ الْأَحْزَابَ لَمْ يَذْهَبُوا ۖ وَإِنْ يَأْتِ الْأَحْزَابُ يَوَدُّوا لَوْ أَنَّهُمْ بَادُونَ فِي الْأَعْرَابِ يَسْأَلُونَ عَنْ أَنْبَائِكُمْ ۖ وَلَوْ كَانُوا فِيكُمْ مَا قَاتَلُوا إِلَّا قَلِيلًا
Mereka menyangka bahawa tentera "Al-Ahzaab" itu belum pergi; dan kalaulah tentera Al-Ahzaab datang semula, tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu; dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.
Antara huraian Al-Ahzab : 20
Ayat masih menyambung mengenai orang munafik, dalam perang Ahzab.
Mereka berharap juga menyangka bahawa pasukan perang tidak jadi atau belum bertolak, sehingga mereka ada alasan untuk tidak bertolak.
Namun kenyataannya bahawa mereka sudah bertolak, mereka terpaksa bertolak, bagaiamanapun mereka berusaha melarikan diri.
Mahunya mereka tetap duduk di kampung, tidak mengikuti perang, hanya mahukan berita, terutama kalahnya umat Islam.
Kerana mereka sudah bertolak, maka mereka sentiasa mencari alasan agar boleh melarikan diri, sesekejab mungkin bersama tentera Islam.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
MRT Khatib - Novena
Singapore, 13 Nov 2018
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar