Salam Rabu Malam
بسم الله الرحمن الرحيم
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
Antara huraian Al-Ahzab : 21 - 22
Ayat ini merupakan dalil yang utama dan pertama untuk umat Islam, untuk meniru dan mencontohi baginda Rasul.
Baginda sebagai role model yang sempurna (contoh utama) seorang muslim dalam semua aspek kehidupannya.
Ayat ini berkaitan dengan perang Ahzab/Khandaq, maka para tentera diminta mencontohi baginda dalam kesabarannya, kesungguhannya dalam menjalankan tugas, keyakinannya kepada Allah.
Rasul sebagai pemimpin, bukan hanya memerintah tapi turun tangan, melakukan apa yang para tentera lakukan seperti menggali parit, mengangkat batu, bersengkang mata dan sebagainya.
Dalam keadaan kegawatan menjelang perang Ahzab, para tentera Islam (yang beriman, tidak termasuk yang munafik), mereka berkata dan yakin : Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya, Allah SWT dan Rasul-Nya pasti benar.
Mereka bertambah keimanannya dan keyakinan atau kepasrahannya kepada-Nya.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Masjid Darul Makmur-Floral Floral Spring @ Yishun
Singapore, 14 Nov 2018
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar