Salam Khamis Pagi
بسم الله الرحمن الرحيم
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Antara huraian Al-Ahzab : 23 - 24
Dalam setiap peperangan dan persiapannya, pasti akan ada beberapa golongan
Golongan yang akan undur diri sebelum mula perang atau masa persiapan, dengan berbagai macam alasan.
Golongan yang beriman, yang mengikuti perang, bahkan menjadi syahid dalam perang tersebut.
Golongan beriman yang terselamat, yang menang, mereka menunggu peperangan berikutnya jika ada lagi.
Di akhirat, Allah SWT akan membalas amalannya orang yang teguh imannya, yang sentiasa menyertai baginda, dengan balasan syurga.
Sedangkan untuk orang yang munafik, terserah kepada Allah, adakah mereka diampunkan (kalau mereka bertaubat masa di dunia) atau disiksa dalam neraka.
Allah SWT maha Pengampun dan Penyayang
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-City Hall
Singapore, 15 Nov 2018
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar