Salam Jumaat Tengah Hari
بسم الله الرحمن الرحيم
وَرَدَّ اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِغَيْظِهِمْ لَمْ يَنَالُوا خَيْرًا ۚ وَكَفَى اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ الْقِتَالَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ قَوِيًّا عَزِيزًا
Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Antara huraian Al-Ahzab : 25
Dalam peperangan Ahzab, tentera kafir Mekkah yang berkolaborasi dengan tentera kafir Madinah, mereka kembali dengan rasa kecewa.
Mereka dihalau oleh para malaikat dan angin ribut yang sejuk.
Imam At-Thabary menyatakan bahawa angin ribut ini tidak sedahsyat angin yang membinasakan Kaum Aad, ini dikeranakan rahmat kepada baginda.
Baginda diutus bukan untuk membinasakan umatnya, tapi untuk membawanya ke jalan yang benar menuju syurga.
Maka angin itu hanya sekedar menghalau dan memberi pelajaran untuk mereka.
Allah SWT mampu menghalau musuh Islam dengan apa sahaja, Allah maha kuat dan tidak akan terkalahkan oleh siapapun.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-Yio Chu Kang
Singapore, 16 Nov 2018
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar