TERNYATA KAKEK HABIB UMAR BIN HAFIDZ KELAHIRAN BONDOWOSO


TERNYATA KAKEK HABIB UMAR BIN HAFIDZ KELAHIRAN BONDOWOSO

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"Habib Salim Bin Hafidz Bin Syaikh Abu Bakar bin Salim"
Nasab Beliau رحمه الله‎ :
Al-Habib Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Abi Bakar bin Aydrus bin Umar 
bin Aydrus bin Umar bin Abi Bakar bin Aydrus bin al-Hussin ibn al-Syaikh Abi Bakar bin Salim 
bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf 
bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi 
bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad 
bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam 
bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi 
bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Shadiq bin Muhammad al-Baqir 
bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan 
Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Habib Salim رحمه الله‎, 
adalah merupakan datuk kepada Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.

Beliau lahir di Bondowoso, Pulau Jawa pada 25 Syawwal 1288 H bersamaan 6 Januari 1872 M. Kemudian Beliau dibawa ayahandanya balik ke Kota Misythah, 
Hadhramaut pada 15 Shafar 1297 H (27 Januari 1880 M). 
Ketika itu Beliau berusia kira-kira 8 tahun. Menerima didikan awal daripada ayahnya 
dan beberapa ulama di Kota Misythah antaranya dengan 
Mu’allim ‘Abud bin Sa’id BaSyu’aib dari kampung al-Suwairi رحمه الله‎ dan 
Mu’allim ‘Abdullah bin Hasan BaSyu’aib رحمه الله‎.

Pada 1304 H, Habib Salim رحمه الله‎ berangkat ke Kota Tarim al-Ghanna untuk menuntut ilmu. 
Di kota yang berkat ini, Beliau menimba pengetahuan agama daripada para ulama 
di sana antaranya 
Mu’allim ‘Abdullah bin Ahmad BaGharib رحمه الله‎, 
Habib ‘Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur رحمه الله‎ dan lain-lain ulama. 

Beliau mengerjakan haji pada tahun 1320 H (1903 M). 
Dan kesempatan ini juga beliau gunakan untuk bertemu dengan sejumlah ulama dan 
orang-orang sholeh untuk mengambil ilmu dan ijazah daripada mereka. 
Selain itu, Beliau turut mengadakan perjalanan bersama  untuk mendalami ilmunya juga 
untuk menyebarkan ilmu dan dakwah ke Seiwun, Dau’an (1349 H), 
Al-Haramain (1355 H, & 1357 H), Zanzibar (1358 H), Mombasa (1358 H), 
India (1357 H) dan tidak ketinggalan tanah kelahirannya, Pulau Jawa (1356 H & 1357 H).

Di negeri-negeri yang dikunjunginya, Beliau tidak melepaskan peluang untuk mengadakan 
pertemuan dan menjalinkan hubungan dengan para ulama dan awliya’ yang menetap di sana. 
Hasil pertemuan dan hubungan ini, baik berupa wasiat, nasihat dan 
ijazah Beliau kumpulkan dalam satu catatan yang dinamakannya 
“Minhah al-Ilah fil ittishal bi ba’dhi awliya”, yang mana didalamnya tercatat 
sejumlah 149 orang ulama yang Beliau bertemu dan mengambil pelbagai sanad dari mereka. 
Didalam kitab tersebut juga Beliau bawakan sanad kitab Shohih al-Bukhari 
dan Shohih Muslim melalui jalur Sadah ‘Alawiyyah. 

Habib Salim terkenal sebagai seorang ulama yang bersifat khumul yang tidak suka 
namanya dikenali orang. Apa yang penting baginya ialah keredhaan Allah ﷻ, 
dan bukannya penghargaan manusia. 
Di akhir usianya, sifat khumul ini semakin terlihat bila Beliau sentiasa berusaha 
bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan dirinya dalam majlis-majlis umum 
dengan duduk di shaf yang paling belakang. 
Beginilah sikap Beliau sehingga beliau dipanggil pulang ke rahmatullah. 
Beliau mula mengalami sakit pada malam Sabtu 22 Rajab 1378 H dan 
wafat malam Sabtu 29 Rajab tahun 1378 H di Kota Misythoh dan dimakamkan disana. 
Walaupun Beliau tidak meninggalkan karya ilmiyyah yang banyak, 
tetapi perjuangannya diteruskan zuriatnya antaranya oleh anaknya 
Habib Muhammad bin Salim dan kini teruskan pula oleh cucu-cucunya 
Habib ‘Umar bin Muhammad dan Habib ‘Ali Masyhur bin Muhammad [ketua Majlis Fatwa Tarim]. 

Semoga bermanfaat
Silahkan share

"Manaqib"
#coppas_dotcom
#smoga_manfaat

Kiriman Gus M. Zainal Adib - Sahabat Sahabat Qudsiyyah
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget