[PERLUNYA KEPADA TAULADAN]
Kita diajarkan ikhlas oleh Rasulullah ﷺ. Kita diajarkan solat, berpuasa, berzakat oleh Rasulullah ﷺ. Kita diajarkan cara berkeluarga dan mendidik oleh Rasulullah ﷺ.
Sehingga kehidupan kita seharian ada tunjuk ajar, dan tauladan, daripada Nabi Muhammad ﷺ.
Ianya memberi penjelasan daripada Allah bahawa faktor utama dalam mendidik, mentarbiyah, mengajar, ialah memiliki tauladan.
Ketiadaan tauladan tidak akan menyampaikan seseorang kepada kejayaan dalam mendidik atau mencari ilmu.
Dalam hidup ini, manusia memerlukan ilmu.
Tapi bilamana ilmu tak diiringi dengan orang yang berilmu yang mengajarkan dan dijadikan tauladan dan contoh baginya, ilmu itu kosong tanpa ada ruh.
Oleh sebab yang demikian, Allah سبحانه و تعالى memberi gelaran kepada Rasulullah ﷺ sebagai ‘uswatun hasanah’ - tauladan yang baik.
Yang perlu dijadikan tauladan utama sekali bagi kita ialah Rasulullah ﷺ.
Namun Rasulullah ﷺ tak lagi hidup bersama kita, tetapi yang masih hidup adalah tunjuk-ajarnya, peninggalannya,pewaris-pewarisnya Nabi Muhammad ﷺ iaitu daripada kalangan ulama.
Dengan demikian, di antara tarbiyah daripada Nabi Muhammad ﷺ adalah diajarkan umat ini untuk mencintai ulama dan orang-orang yang Soleh, supaya rapat dengan mereka, supaya dapat menteladani mereka.
- disunting daripada tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Maulid Julai 2020 | 3 Jun 2020
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞.
Kiriman Arumi - GUYUB RUKUN NKRI
Posting Komentar