Salam Ahad pagi
Allah SWT berfirman:
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱللَّٰتَ وَٱلۡعُزَّىٰ
(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -
وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰٓ
Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?
Antara huraian An-Najm: 19-20
Dua ayat ini sebagai perbandingan, setalah pada ayat-ayat sebelumnya menyebut baginda, malaikat Jibril dan Allah.
Ayat ini menyebut tiga berhala yang diagungkan oleh kafir Quraish khasnya juga orang Arab Jahiliyyah pada amnya.
Laata, Uzza dan Manaat, ketiganya dianggap sebagai anak perempuan Allah, Tuhan sekalian alam, mereka mengenal Tuhan Allah, tapi mereka tidak boleh memahaminya, tidak tahu bagaimana menyembahnya.
Maka mereka menciptakan tiga berhala sebagai alat mediator, penengah dan penghubung kepada tuhan Allah, fikir mereka.
Namun anehnya, mereka menganggap ketiga berhala itu perempuan, sedangkan mereka tidak suka anak perempuan, mereka lebih menyukai anak lelaki.
Seakan, ianya juga penghinaan kepada Allah, memberikan sesuatu yang tidak mereka sukai kepada Allah.
Jadi, ayat ini membuka minda dan membuka kenyataan yang ada.
Kata Laata (اللات), sesudah Lam ditulis huruf Alif, ianya untuk membezakan tulisan Allah yang tanpa alif (اللّٰه), ia diyakini sebagai Tuhan perempuan atau anak perempuan Tuhan.
Menjadi kebiasaan orang Quraish, jika mahu mengerjakan sesuatu, mereka menyebut : Dengan nama Laata, Dengan nama Uzza (بسم اللات بسم العزى).
Kata Manaat disebut yang terakhir, ianya berhala yang paling banyak dipuja. Ianya disebut Allah secara tersendiri kerana ia terpisah ketika disebut mereka, mereka menyebut kedua anak tuhan yang di atas tanpa menyebut Manaat.
Ketiganya merupakan hasil pikiran dan pengaruh kaum Nabatean (Petra) dan Romawi dalam pencarian untuk penjelmaan Tuhan.
Adakah ketiganya sama mempunyai kehebatan dengan kehebatan tiga nama utama dalam Islam (Allah, Jibril dan Muhammad)?, sehingga layak disembah?
Tentunya tidak.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 29 Mac 2020
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar