Ngaji Tafsir M Zuhal A Lathif : Surat An-Najm: 15-18


Salam Sabtu pagi

Allah SWT berfirman:

عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ

Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".

إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ

(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ

Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

Antara huraian An-Najm: 15-18

Pada huraian sebelumnya (ayat 14), disebut kalimat Sidratul Muntaha, ada yang menafsirkan, ianya peristiwa  Mikraj baginda, masa yang kedua kalinya baginda melihat jasad Jibril dalam bentuk aslinya.

Sidratul Muntaha itu tempat yang mulia, di langit ke tujuh, ada pendapat lain, ianya pokok istimewa di langit yang sama.

Di sana ada Syurga Ma'wa, ini hanya menunjukkan tempat yang mulia, hakikatnya tempatnya itu tiada sesiapa yang tahu.

Di sana, baginda melihat berbagai kejadian dan keadaan tanda keagunganNya, yang tinta dan pena tidak cukup untuk menerangkan atau menulisnya.

Mata baginda melihat yang benar, tidak berlebihan ketika baginda bercerita mengenainya.

Sila rujuk cerita Isra dan Mikraj untuk lebih lengkapnya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 28 Mac 2020

Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget