Ngaji Tafsir Ustadz M Zuhal A Lathif : Surat An-Najm: 10-14


Salm Jumaat pagi

Allah SWT berfirman:

فَأَوۡحَىٰٓ إِلَىٰ عَبۡدِهِۦ مَآ أَوۡحَىٰ

Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

مَا كَذَبَ ٱلۡفُؤَادُ مَا رَأَىٰٓ

Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

أَفَتُمَٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ

Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ

Di sisi "Sidratul-Muntaha";

Antara huraian An-Najm: 10-14

Setelah malaikat Jibril mendekat sekedar busur panah, maka Allah SWT mewahyukan wahyu sekedarnya kepada hambaNya (melalui Jibril).

Baginda tidak menafikan dan tidak menolak, tidak berbohong terhadap apa yang dilihatnya, bahawa beliau melihat jasad Jibril juga kebenaran yang disampaikan.

Baginda juga menyampaikan wahyu sesuai dengan apa yang diterimanya dari Allah melalui Jibril, tidak mengurang juga tidak menambah.

Tapi ramai orang kafir mendustakan apa yang baginda ceritakan sesudahnya, apa yang disampaikan, apa yang dilihat dan diterima olehnya.

Sedangkan baginda juga pernah melihat jasad Jibril sepenuhnya di Sidratul Muntaha (dimaklumkan bahawa ianya tempat di langit ketujuh, tempat terakhir yang dimampui oleh Jibril semasa menghantar baginda Mikraj).

Wallahu a'lam.

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 27 Mac 2020

Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget