Ngaji Tafsir M Zuhal A Lathif Surat Ath Thur 32-34


Salam Khamis petang

Allah SWT berfirman:

أَمۡ تَأۡمُرُهُمۡ أَحۡلَٰمُهُم بِهَٰذَآۚ أَمۡ هُمۡ قَوۡمٞ طَاغُونَ

Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan kedegilannya)?

أَمۡ يَقُولُونَ تَقَوَّلَهُۥۚ بَل لَّا يُؤۡمِنُونَ

(Bukan sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu". (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!

فَلۡيَأۡتُواْ بِحَدِيثٖ مِّثۡلِهِۦٓ إِن كَانُواْ صَٰدِقِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.

Antara huraian At-Thur: 32-34

Mereka menuduh baginda dengan bermacam tuduhan, adakah tuduhan itu berdasar akal sihat mereka? atau kerana memang mereka melampau batas keingkaran?

Kata ( أحلام), di sini diertikan sebagai akal sihat atau akal cerdas, namun di surah Yusuf, Ahlam diertikan sebagai bunga mimpi atau permainan tidur.

Sesorang yang mempunyai akal sihat, tidak akan menuduh sembarangan, tanpa dasar, tentunya mereka itu memang melampau.

Selepas ketiga tuduhan boleh dibatalkan atau ditolak, mereka membuat tuduhan baru, bahawa baginda adalah yang membuat atau mengarang untaian kalimat Al-Quran.

Maka, Allah perintahkan kepada baginda agar mencabar mereka untuk membuat dan mendatangkan untaian kalimat yang isi kandungannya menyamai Al-Quran.

Akhiranya mereka kalah (KO), tidak ada yang berani menerima cabaran baginda.

Walau sudah KO, mereka masih tetap degil, tidak mahu beriman, kita ikuti lanjutan kedegilannya esok Insyaallah.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 19 Mac 2020

Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget