Salam Ahad pagi
Allah SWT berfirman
وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ غَيۡرَ بَعِيدٍ
Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).
هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٖ
(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);
Antara huraian Qaf: 31-32
Ayat ini sebagai imbangan ayat sebelumnya yang bercerita mengenai neraka (Jahannam), ayat mengenai syurga dan penghuninya.
Didekatkan syurga itu kepada orang-orang bertaqwa, ianya tidak jauh.
Kalimat tidak jauh (غير بعيد) sebagai taukid kepada kalimat Uzlifat atau penguat akan kedekatannya, sebagaimana gaya bahasa ayat:
وأضل فرعون قومه وما هدى
Kalimat sesat dipadankan dengan tidak mendapat hidayah.
Ayat Seterusnya menyatakan bahawa syurga ini (dengan kalimat Haadza, menunjukkan kedekatannya) adalah apa yang dijanjikan kepada orang yang sentiasa mendekat kepadanya (أواب), kalimat ini sebagai pengganti kalimat Muttaqiin yang ada dalam ayat sebelumnya.
Mereka juga orang yang sentiasa menjaga perintah dan larangan Allah.
Catatan:
Dalam sastera bahasa, menujukkan sesuatu yang sama dengan kalimat yang berbeza itu mempunyai nilai yang tinggi dalam bahasa.
Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Grab Yishun-Geylang
Singapore, 9 Feb 2020
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar