Salam Isnin pagi
Allah SWT befirman
مَّنۡ خَشِيَ ٱلرَّحۡمَٰنَ بِٱلۡغَيۡبِ وَجَآءَ بِقَلۡبٖ مُّنِيبٍ
"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".
ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَٰمٖۖ ذَٰلِكَ يَوۡمُ ٱلۡخُلُودِ
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".
لَهُم مَّا يَشَآءُونَ فِيهَا وَلَدَيۡنَا مَزِيدٞ
Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).
Antara huraian Qaf: 33-35
Ayat 33 ini menghuraikan makna kalimat yang ada pada ayat sebelumnya, siapakah (أواب حفيظ)?.
Mereka adalah orang yang takut kepada Al-Rahman, makna takut adalah hasil dari ketakutan itu, ianya taat kepadaNya.
Makna (بالغيب) adalah puncak ketaqwaan, mereka bertaqwa dalam keadaan tiada sesiapa yang melihat atau memperhatikannya.
Mereka juga orang yang matinya dalam keadaan hatinya tunduk taat, menghadap dan kembali kepadaNya.
Dikatakan kepada mereka, sebagai tanda penghormatan dan penyambutan:
Masuklah kamu semua ke dalam syurga dengan aman dan selamat.
Hari-hari di syurga yang tiada penghujung, sentiasa dengan kenikmatan, segala sesuatu yang dimahukan mereka akan ditunaikan, bahkan mereka ada bonus tambahan.
Bonus ini, hampir semua ulama menafsirkannya dengan penampakan diri Allah atau mereka boleh melihat Allah SWT.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Floral Spring-'Aposh @ Yishun
Singapore, 10 Feb 2020
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar