Salam Sabtu pagi
Allah SWT berfirman:
يَوۡمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ ٱمۡتَلَأۡتِ وَتَقُولُ هَلۡ مِن مَّزِيدٖ
(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"
Antara huraian Qaf: 30
Ayat ini adalah ayat yang sangat menggerunkan, ramai qari atau imam yang faham ertinya, akan menangis ketika membaca ayat ini.
Para ulama menasihatkan agar memahami ayat dengan muhasabah, mengoreksi diri, bahawa setiap ayat itu seakan ditujukan kepada kita, jika seperti ini tanggapan kita pada ayat Al-Quran, niscaya akan terus bertambah keimanan kita.
Ayat boleh dibaca dengan dua bacaan:
1. Yaquulu, dengan Ya' (يوم يقول), ini bacaan yang diriwayatkan oleh Imam Nafi' juga Imam Abu Bakar dari Imam Ashim. Ianya bersesuaian dengan ayat sebelumnya (28).
2. Naquulu, dengan Nun (يوم نقول), menunjukkan keagunganNya, diriwayatkan oleh semua imam qari selain yang di atas.
Baik yang membaca dengan Ya' atau Nun, keduanya sahih, keduanya dibaca oleh Rasulullah, keduanya merujuk kepada diri Allah, yang bertanya kepada Jahannam.
Wahai Jahannam, adakah kamu sudah penuh, sudah kenyang?
Allah maha tahu, tidak perlu bertanya, namun ayat ini untuk memberi peringatan kepada yang hidup.
Jahannam menjawab: masih banyak tambahan kah? (kalau ada tambahan, silakan, aku masih boleh menerimanya).
Seakan, Jahannam itu makhluk yang lapar, yang sentiasa siap membaham, menelan siapa saja yang masuk ke dalamnya. Naudzubillah.
M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-Toa Payoh
Singapore, 8 Feb 2020
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar