Salam Jumaat petang
۞قَالَ قَرِينُهُۥ رَبَّنَا مَآ أَطۡغَيۡتُهُۥ وَلَٰكِن كَانَ فِي ضَلَٰلِۭ بَعِيدٖ
(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".
قَالَ لَا تَخۡتَصِمُواْ لَدَيَّ وَقَدۡ قَدَّمۡتُ إِلَيۡكُم بِٱلۡوَعِيدِ
Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).
مَا يُبَدَّلُ ٱلۡقَوۡلُ لَدَيَّ وَمَآ أَنَا۠ بِظَلَّٰمٖ لِّلۡعَبِيدِ
"KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".
Antara huraian Qaf: 27-29
Qarin (yang disebut pada ayat sebelumnya, dengan berbagai tafsiran) yang menemani bakal ahli neraka, melepaskan diri dari tanggung jawab dengan ucapannya:
Wahai tuhan kami, saya tidak menyesatkan dia, tapi dia sudah sesat sendiri adanya, dengan kesesatan yang jauh.
Orang yang akan masuk neraka itu menyalahkan qarinnnya pada masa sebelumnya.
Maka Allah SWT bersabda: Sudah, tidak perlu bergaduh dan berbalah di sini. Aku sudah peringatkan kepada kamu semua semasa di dunia.
Keputusanku tidak akan berubah, apapun keadaan kamu, aku sudah tahu semuanya. Aku tidak sesekali berbuat zalim atau tidak adil kepada semua hamba-hambaku.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Yishun-Compassvale Ln
Singapore, 7 Feb 2020
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar