Salam Khamis petang
بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
أَلۡقِيَا فِي جَهَنَّمَ كُلَّ كَفَّارٍ عَنِيدٖ
(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya;
مَّنَّاعٖ لِّلۡخَيۡرِ مُعۡتَدٖ مُّرِيبٍ
"Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum ugama, lagi yang meragukan kebenaran,
ٱلَّذِي جَعَلَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ فَأَلۡقِيَاهُ فِي ٱلۡعَذَابِ ٱلشَّدِيدِ
"Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".
Antara huraian Qaf: 24-26
Ayat ini menggunakan gaya bahasa (Intiqal), berpindah dari bercakap dengan orang kepada orang, kepada malaikat.
Dikatakan kepada kedua malaikat (Saaiq dan Syahid), boleh juga kepada satu malaikat (Saaiq) yang ditemani saksi: Setiap orang yang kafir, lemparkan mereka ke neraka Jahannam.
Sifat orang kafir diterangkan pada kalimat dan ayat seterusnya:
1. Kafir yang melampau, degil sangat, sombong ingkar ('Aneed).
2. Kafir yang sentiasa menyekat kebaikan, menyekat orang yang mahu masuk Islam, menyekat orang yang mahu membantu fakir miskin (Manna').
3. Kafir yang menganiaya orang yang beriman (Mu'tadin).
4. Kafir yang sentiasa meragukan kebenaran risalah (Mureeb).
5. Kafir yang menyekutukan ketuhanan Allah dengan tuhan lain.
Maka layak untuk mereka akan azab yang berat dan dahsyat.
Ayat 24 dan 26 menyebut atau mengulang kalimat perintah (lemparkan), maka ianya menunjukkan kesungguhan keadaan.
Naudzubillah
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Grab Yishun- Jurong Gateway
Singapore, 6 Feb 2020
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar