Salam Ahad Petang
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ مَنْ ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُمْ مِنَ اللَّهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً ۚ وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.
Antara huraian Al-Ahzab : 17
Sudah dimaklumkan pada ayat sebelumnya, bahawa sama ada orang munafik itu lari dari perang (cidera/mati), atau tidak, ianya tidak begitu berbeza, kematian akan datang, masanya tidak lama.
Ayat ini memaklumkan bahawa hanya Allah yang boleh menyelamatkan seseorang.
Jika Allah menghendaki keburukan ke atas mereka, tiada sesiapa yang mampu menolaknya, begitu juga sebaliknya, jika Allah menghendaki kebaikan atas seseorang, tiada sesiapa yang mampu mencegahnya.
Tiada pengasih dan penolong untuk orang kafir atau munafik di akhirat nantinya.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Yishun-Grassroots YCK
Singapore, 11 Nov 2018
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar