NGAJI TAFSIR "SURAT AL-AHZAB AYAT 14-16"

Salam Sabtu Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

وَلَوْ دُخِلَتْ عَلَيْهِمْ مِنْ أَقْطَارِهَا ثُمَّ سُئِلُوا الْفِتْنَةَ لَآتَوْهَا وَمَا تَلَبَّثُوا بِهَا إِلَّا يَسِيرًا

Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.


وَلَقَدْ كَانُوا عَاهَدُوا اللَّهَ مِنْ قَبْلُ لَا يُوَلُّونَ الْأَدْبَارَ ۚ وَكَانَ عَهْدُ اللَّهِ مَسْئُولًا

Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).

قُلْ لَنْ يَنْفَعَكُمُ الْفِرَارُ إِنْ فَرَرْتُمْ مِنَ الْمَوْتِ أَوِ الْقَتْلِ وَإِذًا لَا تُمَتَّعُونَ إِلَّا قَلِيلًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".

Antara huraian Al-Ahzab : 14 - 17

Ulama Tafsir menyatakan bahawa ayat ini turun (juga ayatsebelumnya ) berkenaan Banu Harithsah, yang meminta izin untuk undur diri dari perang Ahzab.

Mereka sebenarnya sudah pernah undur diri (lari) pada perang sebelumnya (Uhud), jadi semasa mereka mendaftar untuk mengikuti perang Ahzab, baginda sudah sudah mengambil janji mereka agar tidak lari lagi.

Namun ketika persiapan perang Ahzab, mereka lari juga dengan alasan rumah dan keluarga.

Sebenarnya, mereka tidak selesa dengan Islam, jika tentera datang dan menawari mereka untuk musyrik (kembali kepada kekufuran, bukan datang memerangi mereka), pasti mereka akan kufur.

Biarkan, jika mereka mahu lari, hidup mereka tidak akan lama, sekedar menunggu ajal.

Mereka nanti akan diminta pertanggung-jawabannya mengenai janjinya untuk tidak lari.

Mereka lari dari mati atau dari perang, sama sahaja, mati akan mengejar mereka, kenikmatan hidup mereka hanya sementara atau sebentar sahaja.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-Braddell
Singapore, 10 Nov 2018

Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran

https://www.youtube.com/channel/UCvjRGdUYARajbQI8Mz7azLg

Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget