Salam Jumaat Tengah Hari
بسم الله الرحمن الرحيم
هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.
وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا
Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja".
وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لَا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا ۚ وَيَسْتَأْذِنُ فَرِيقٌ مِنْهُمُ النَّبِيَّ يَقُولُونَ إِنَّ بُيُوتَنَا عَوْرَةٌ وَمَا هِيَ بِعَوْرَةٍ ۖ إِنْ يُرِيدُونَ إِلَّا فِرَارًا
Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).
Antara huraian Al-Ahzab : 11 - 13
Masa persiapan peperangan Ahzab atau Khandaq, saat itu adalah ujian yang sangat berat untuk pasukan Muslimin.
Mereka membuat persiapan dengan menggali, membuat parit yang cukup dalam dan panjang, juga dimaklumkan pasukan musuh jumlahnya barganda-ganda dari mereka, cuaca panas juga mempengaruhi, ditambah bulan Ramadan, yang mereka wajib berpuasa.
Orang munafik dan sebahagian orang yang lemah imannya, sudah mula goncang hatinya, kurang percaya kepada baginda, bahkan berkata : Janji Allah dan Rasul-Nya itu hanya tipuan belaka.
Ada di antara mereka yang mula memprovokasi, mempengaruhi kawannya agar pulang sahaja, tiada harapan menang.
Wahai Ahli Yatsrib, ini bukan tempatmu untuk berjuang, pulanglah!
Maka, ada antara mereka memohon diri untuk berundur, dengan alasan rumah atau keluarganya perlu dijaga.
Sebenarnya mereka hanya mahu lari, bukan soal rumah atau keluarganya.
Catatan :
Kata Yatsrib (ertinya : mencela) adalah nama lama untuk Madinah, sebelum kedatangan baginda, baginda menyebutnya dengan Thaabah dan Theebah, (yang ertinya baik), selanjutnya ditukar menjadi Al-Madinah Al-Munawwaroh (Bandar yang bercahaya dengan Islam dan dunia mendapat cahaya bermula darinya).
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-Yio Chu Kang
Singapore, 09 Nov 2018
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar