NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AL-ANBIYA' 48-50"
Salam Isnin Petang
بسم الله الرحمن الرحيم
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَىٰ وَهَارُونَ الْفُرْقَانَ وَضِيَاءً وَذِكْرًا لِلْمُتَّقِينَ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.
الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَهُمْ مِنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ
Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang, dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.
وَهَٰذَا ذِكْرٌ مُبَارَكٌ أَنْزَلْنَاهُ ۚ أَفَأَنْتُمْ لَهُ مُنْكِرُونَ
Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?
Antara huraian Al-Anbiya' : 48 - 50
Sesuai dengan nama surah, maka mulalah ayat-ayat akan menukil beberapa nama para Nabi / Rasul.
Ketiga ayat ini bercerita mengenai kesamaan Taurat dan Al-Quran.
Ayat dimulakan dengan menyebut nama Nabi Musa a.s dan Nabi Syuaib a.s yang telah diberi Al-Furqan (ianya Taurat, yang memisahkan akidah yang benar dari yang batil.
Maka Al-Furqan itu digelarkan kepada semua kitab Allah.
Begitu juga bahawa semua kitab Allah digelarkan sebagai penerang dan pengingat untuk orang yang bertaqwa.
Mereka adalah orang yang sentiasa taat kepada aturan Allah, dimana pun dan dalam keadaan apapun juga sentiasa ingati akhirat.
Ayat terakhir menyebut tambahan gelaran untuk Al-Quran yang ianya adalah Berkah, penuh keberkatan, kemanfaatan, yang tidak boleh dipungkiri atau diingkari.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 20 Nov 2017
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar