NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AL-ANBIYA' 68-70"



Salam Jumaat Tengah Hari

بسم الله الرحمن الرحيم

قَالُوا حَرِّقُوهُ وَانْصُرُوا آلِهَتَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ فَاعِلِينَ

(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!"

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ

Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

وَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَخْسَرِينَ

Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).

Antara huraian Al-Anbiya' : 68 - 70

Setelah mendengar jawaban dan tanggapan Nabi Ibrahim a.s mengenai tuhan mereka, maka telinga mereka berdesing, hati panas membara, sehingga Namrud (disetujui oleh rakyatnya) memerintahkan untuk menyiksa dengan membakar baginda.

Perintah Namrud : "Bakarlah Ibrahim, tolonglah tuhan-tuhanmu" jika engkau memang mahu melakukannya.

(Ini adalah contoh melakukan kekejaman atas nama agama/ tuhan)

Semua rakyatnya berganding-bahu mengumpulkan kayu untuk membakar baginda.

Selepas kayu yang banyak terkumpul dan dinyalakan api ke atasnya, maka diletakkannya Ibrahim pada lastik (English : Catapult) untuk dilemparkan ke tengah-tengah api yang membara.

Diriwayatakan, api tersebut tengah panas membara namun dengan izin Allah, ianya dirasakan sejuk oleh Nabi Ibrahim a.s.

Riwayat lain, semasa Nabi Ibrahim dilemparkan, Allah memerintahkan hujan untuk turun memadamkan api tersebut secepatnya, sehingga ianya tidak menjadi panas.

Mereka bermaksud membuat angkara kezaliman ke atas Nabi Ibrahim tapi akhirnya malah menjadi penyesalan mereka, kerana usaha tungkus lumus mereka tidak menjadi.

Catatan :

Ayat 69 ini diriwayatkan boleh dibaca untuk mendapatkan kesejukan atau tidak merasai panas, ketika di daerah yang sedang panas.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Masjid Muhajirin, Breddell Rd.
Singapore, 24 Nov 2017

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget