NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AL-ANBIYA' 71-73"



Salam Sabtu Pagi

وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ

Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.

وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ نَافِلَةً ۖ وَكُلًّا جَعَلْنَا صَالِحِينَ

Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang yang soleh.

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.

Antara huraian Al-Anbiya' : 71 - 73

Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s dari siksaan Namrud, begitu juga Luth diselematkan dari pembinasaan, (Kenapa Luth disebut di sini?, esok jawabannya insyallah).

Keduanya diselematkan dengan seterusnya berhijrah ke Negeri Syam, lebih khasnya ke Palistine/Baitul Maqdis, negeri yang penuh berkah. 

Ada riwayat bahawa negeri berkah itu adalah Mekkah, ianya sesuai untuk Nabi Ibrahim, tapi bukan untuk Nabi Luth, maka pendapat pertama lebih kuat.

Ibrahim diberi putera Ishaq (Isaac), darinya diberi cucu bernama Ya'qub (Yacoob), mereka semua adalah termasuk orang sholeh, yang nantinya akan meneruskan dakwah baginda sebagai rasul.

Allah SWT menjadikan mereka sebagai pemimpin umatnya, yang bertugas menunjukkan jalan hidayah, mereka diberi wahyu untuk menunjukkan amalan baik, sentiasa menunaikan solat dan zakat, mereka semua adalah ahli ibadat, mereka adalah hamba Allah, bukan hamba berhala.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
MRT Yishun - Novena
Singapore, 25 Nov 2017

Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget