Salam Rabu Tengah Hari
بسم الله الرحمن الرحيم
وَتَاللَّهِ لَأَكِيدَنَّ أَصْنَامَكُمْ بَعْدَ أَنْ تُوَلُّوا مُدْبِرِينَ
"Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".
فَجَعَلَهُمْ جُذَاذًا إِلَّا كَبِيرًا لَهُمْ لَعَلَّهُمْ إِلَيْهِ يَرْجِعُونَ
Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya.
قَالُوا مَنْ فَعَلَ هَٰذَا بِآلِهَتِنَا إِنَّهُ لَمِنَ الظَّالِمِينَ
(Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang zalim".
قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ
(Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".
قَالُوا فَأْتُوا بِهِ عَلَىٰ أَعْيُنِ النَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَشْهَدُونَ
(Ketua-ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).
قَالُوا أَأَنْتَ فَعَلْتَ هَٰذَا بِآلِهَتِنَا يَا إِبْرَاهِيمُ
(Setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"
قَالَ بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَٰذَا فَاسْأَلُوهُمْ إِنْ كَانُوا يَنْطِقُونَ
Ia menjawab: "(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata".
Antara huraian Al-Anbiya' : 57 - 63
Antara misi utama baginda Nabi Ibrahim a.s adalah menghancurkan kefahaman atau akidah paganis atau bertuhan lebih dari satu, menegakkan Tauhid, bertuhan Satu.
Diriwayatkan bahawa kerajaan Namrud / Nemrad mempunyai hari raya yang mewajibkan semua rakyatnya untuk berkumpul di suatu tempat pada hari tersebut.
Tidak terkecuali, Ibrahim juga diajak oleh Ayah dan kaumnya untuk menyertainya.
Ada dua riwayat :
Pertama, baginda tidak Peri ke untuk merayakannya dengan memberi alasan bahawa dirinya sakit (sedangkan hakikatnya hanya sakit hatinya melihat keadaan kaumnya).
Kedua, Baginda mengikuti ajakan ayahnya, namun semasa di perjalanan, baginda menjatuhkan diri dan memberi alasan bahawa dirinya tengah sakit Dan ada alasan untuk pulang.
Baginda berkata atau berniat untuk kembali ke tempat atau kampungnya untuk menghancurkan berhala - berhala.
Baginda pulang dan menghancurkan semua berhala kecuali berhala yang paling besar dan meletakkannya kapak di tangannya.
Semasa Nemrud pulang bersama kaumnya, dia mendapati bahawa semua patung sudah berkecai kecuali yang terbesar.
Mereka saling bertanya, siapa yang melakukan ini?
Ada yang perasan bahawa hanya Ibrahim yang tidak bersama, maka tiada siapa lagi kecuali baginda yang dituduh.
Dipanggilnya baginda untuk diadili dihadapan kaumnya, dipojokkannya baginda dengan soalan : Ibrahim, kamukah yang melakukan tindakan penghancuran terhadap tuhan-tuhan kami?
Ibrahim : Sebenarnya yang melakukan penghancuran adalah patung yang terbesar itu (sambil menunjuk pada berhala yang membawa kapan), sila tanya dia, mungkin dia akan menjawabnya (pastinya dia tidak akan mengaku atau bercakap).
Apakah reaksi Namrud dan kaumnya mendengar jawaban diplomatik baginda?
Jawaban menafikan sekaligus menuduh pihak lain sambil berdakwah, menyentuh akal dan hati mereka.
Insyaallah kita ikuti sambungannya esok.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 22 Nov 2017
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar