Salam Selasa Pagi
بسم الله الرحمن الرحيم
وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ
Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا هَٰذِهِ التَّمَاثِيلُ الَّتِي أَنْتُمْ لَهَا عَاكِفُونَ
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"
قَالُوا وَجَدْنَا آبَاءَنَا لَهَا عَابِدِينَ
Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya".
قَالَ لَقَدْ كُنْتُمْ أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata".
قَالُوا أَجِئْتَنَا بِالْحَقِّ أَمْ أَنْتَ مِنَ اللَّاعِبِينَ
Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?"
قَالَ بَلْ رَبُّكُمْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الَّذِي فَطَرَهُنَّ وَأَنَا عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ مِنَ الشَّاهِدِينَ
Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.
Antara huraian Al-Anbiya' : 51 - 56
Seterusnya ayat menyebut nama Nabi yang sangat segnifikan dan profilik, beliau adalah Nabi Ibrahim a.s (Abraham atau Avram).
Beliau sudah diberi hidayah Tauhid sedari kecilnya lagi, sehingga berani bertanya dan menegur ayahnya juga masyarakatnya dengan teguran : Apakah manfaat berhala yang kamu semua sembah dengan bertungkus lumus ini? Atau ungkapan lainnya : Kenapa engkau menyembah berhala ini?
Mereka menjawab : Kami hanya mengikut apa yang datok moyang kami lakukan.
Ibrahim : Kamu dan datok moyangmu, semua sesat.
Mereka : Ibrahim, kamu ini bersungguh-sungguh atau bermain-main?
Ibrahim : Aku datang dengan kebenaran, Tuhan yang sebenar, tuhanku dan tuhanmu adalah yang menciptakan langit dan bumi, Aku boleh menjadi saksi untuk menunjukkan kebenaran itu.
Dimaklumkan, pada suatu hari, Ibrahim membawa umatnya ke suatu tempat untuk berfikir mencari tuhan, dengan menunjukkan bintang, bulan dan matahari (sila rujuk Al-An'aam : 74 - 80).
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-Toa Payoh Singapore, 21 Nov 2017
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar
Alhamdulillah
Terimakasih ilmunya.
Penuhi media sosial dengan kajian2 yang menyejukkan dan menambah ilmu