Tulisan terbaru


Salam Sabtu Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Antara huraian An-Nur : 30

Ayat ini khas tentang penjagaan "Kehormatan" dan mata dari melihat yang dilarang oleh agama, namun ianya mempunyai dampak yang besar dalam kehidupan manusia.

Ianya perintah agama untuk menutup mata, tidak melihat perkara yang dicegah agama.

Para sahabat muda pernah memohon izin kepada baginda, yang mereka belum boleh meninggalkan kebiasaan duduk beramai (Indo : Nongkrong) di tepi jalan, maka baginda mengizinkannya dengan syarat :

Menutup mata (jika ada perkara yang dosa untuk dilihatnya), tidak membuat kekacauan, mencegah perkara yang mudarat, memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran.

Baginda pernah ditanya oleh sahabat, bagaimana jika ternampak benda yang terlarang, baginda menjawab : Alihkan pandangan secepatnya.

Baginda juga menjamin tempat di syurga untuk pelaku enam perkara :
1. Jika berkata, dia tidak bohong.
2. Jika diamanati, dia tidak khianat.
3. Jika berjanji, dia tidak ingkar.
4. Menjaga mata dari perkara maksiat.
5. Menjaga tangan dari menulis yang mudarat atau melakukan maksiat dengannya.
6. Menjaga kemaluannya.

Dalam Sahih Bukhari disarikan, bahawa baginda bersabda : Sesiapa yang boleh menjadi benda antara dua dagunya (mulut) dan antara dua kakinya (kemaluan) maka aku menjaminnya syurga.

Dalam ayat, Allah memerintahkan orang yang beriman untuk menjaga pandangannya, bersamaan dengan penjagaan kemaluan atau farji.

Ada beberapa kata hikmah berkaitan penjagaan pandangan :

1. Memandang kepada perkara yang dilarang akan mengundang kerosakan hati.

2. Pandangan kepada maksiat adalah anak panah syaitan.

3. Sesiapa yang menjaga pandangan matanya, maka Allah akan memberikan cahaya pada pandangan hatinya.

Catatan :

Zaman Now, memandang perkara maksiat, tidak semestinya di luar rumah, di jalanan, maksiat telah mendatangi kita.

HP dalam genggaman adalah cabaran mata yang paling dahsyat, tekan apa sahaja yang anda mahu, semua tersedia.

Maka, bijaklah kita dalam penggunaan internet pada HP atau Laptop,  isilah HP dengan aplikasi yang bermanfaat, seperti Al-Quran, kitab atau buku.

Amaran :

Internet, Internet dan Internet.

Tangan dan Mata akan dipertanggung-jawabkan di akhirat nantinya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif 
MRT Yishun - Raffles Place
Singapore, 10 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Jumaat Petang

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَىٰ أَهْلِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَدًا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّىٰ يُؤْذَنَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا ۖ هُوَ أَزْكَىٰ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَاعٌ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ

Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

Antara huraian An-Nur : 27 - 29

Ayat ini berbincang mengenai adab yang diajarkan Al-Quran, semasa hendak bertamu atau masuk rumah bukan rumah sendiri.

Jika kamu (orang yang beriman) hendak masuk rumah selain rumahmu, maka hendaklah meminta izin kepada empunya, sehingga sudah selesa, boleh bersalam atau mengucapkannya salam (jika muslim) , aman, baru dibenarkan masuk.

Jika tuan rumah tidak siap menerima tetamu dan meminta tetamu pulang, maka sebaiknya tetamu pulang.

Hal yang akhir ini, tidak terjadi di negeri Melayu tetapi terjadi dalam budaya orang Arab, seperti yang penulis mengalaminya semasa ziarah kawan yang sedang sakit, tetapi tidak mahu diziarahi.

Dalam syariat (beberapa riwayat hadits) diajarkan, jika bertamu, hendaklah meminta izin kepada tuan rumah (dengan mengucapkan salam atau disertai dengan mengetuk pintu sebanyak tiga kali), jika tiada jawaban, sebaiknya pulang.

Ada hadits yang mencuit hati, semasa Rasulullah SAW bertamu ke rumah Sa'ad Bin Abi Waqqash.

Baginda mengucapkan salam sebagai tanda hendak bertamu, Assalamu alaikum.

Sa'ad berada dalam rumah dan menjawabnya dengan perlahan, baginda tidak mendengar jawaban Sa'ad, baginda mengulanginya tiga kali, dijawab dengan pelan juga.

Baginda berpatah balik untuk pulang, Sa'ad mengejarnya dan bersumpah, bahawa dirinya mendengar dan menjawabnya, hanya saja, dia ingin mendapatkan keberkatan yang lebih dari salamnya baginda, lalu baginda masuk untuk menyampaikan hajatnya, dijamu dengan buah anggur.

Ayat disambung, jika rumah itu tiada penghuni, tiada tuan rumahnya, sedangkan ada harta niaga kamu di dalamnya (sudah dititipkan sebelumnya), maka boleh kamu memasukinya, asal tiada niat jahat. 

Catatan :

Aplikasi ayat untuk saat ini adalah :

Jika kita hendak ziarah atau bertamu, sebaiknya kita maklumkan dulu dengan "SMS, WA atau call" terlebih dahulu, sama ada tuan rumah berkelapangan masa, bersedia atau tidak.

Jika rumah yang tiada tuan rumah, tiada didiami seterusnya, saat ini boleh diertikan dengan Hotel, Motel, Guest House, Apartment Service, yang di mana barangan (luggage) kita ada di dalamnya, maka dibenarkan kita masuk jika kita sudah mendaftar sebelumnya, walaupun tiada penjaga pada masa itu.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Auditorium MUIS
Haflah 2018 Madrasah Al Irsyad
Singapore, 09 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran


Salam Khamis Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ ۖ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ ۚ أُولَٰئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ ۖ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Antara huraian An-Nur : 26

Merujuk kepada sebab turunnya beberapa ayat sebelumnya, ianya mengenai Aisyah dan Safuan, maka mereka termasuk orang-orang yang baik.

Aisyah dan pasangannya (baginda Rasul) adalah orang yang baik, begitu juga Safuan, maka ayat ini menjelaskan bebasnya mereka (Mubarrouun) dari tuduhan yang tidak beralas.

Ibnu Abbas menambahkan tafsirannya, bahawa perkataan yang buruk, selalunya keluar dari orang yang (hatinya) buruk, sebaliknya, perkataan yang baik itu selalunya keluar dari lisan orang yang baik.

Orang yang buruk / jahat, yang ada dalam fikirannya adalah perkara yang buruk atau jahat dan itu yang akan keluar dari mulutnya.

Ada juga yang mengaitkan ayat ini tentang KUFUW atau seimbang dalam pasangan hidup.

Orang yang baik, selalunya mendapat jodoh atau pasangan yang baik juga, begitu juga orang yang jahat, pasangannya biasanya jahat juga.

Kufuw, lebih kepada rohani atau spritualnya, bukan pada materialnya, ini jika dipandang dari sudut agama.

Ada juga yang melihatnya dari segi ekonomi atau profesinya, cikgu bernikah dengan cikgu, jururawat berkahwin dengan jururawat, polis berjodoh dengan polis dan seterusnya.

Apapun, ukuran kufuw dalam agama itu lebih utama, lebih aman dalam membina rumah tangga, apapun profesinya.

Catatan :

Selalunya, orang yang baik, akan berada di lingkungan yang baik, juga bersama dengan kumpulan orang baik.

Jika mahu tahu akan kebaikan seseorang, lihatlah siapa yang di sekeliling, begitu juga sebaliknya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 08 Mac 2018

Al-Amanah 
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget