DIANTARA SIFAT-SIFAT MULIA RASULULLAH MUHAMMAD


DIANTARA SIFAT-SIFAT MULIA RASULULLAH MUHAMMAD :

1. Baginda Rasulullah selalu diam.

2. Berbicara ketika perlu.

3. Perbicaraannya Fasih, Ringkas tetapi Padat .

4. Menghadapkan seluruh Tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

5. Hatinya selalu sedih (Inginkan Umatnya dalam Kebaikan dan terlepas dari Azab Allah SWT).

6. Selalu menundukkan pandangan kerana Tawaddu’.

7. Berfikir terus-menerus.

8. Menghargai Nikmat sekecil apa pun.

9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan, jika tidak maka ditinggalkannya tanpa mencelanya.

10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan Dunia.

11. Marah bukan kerana Nafsu.

12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

13. Apabila marah Baginda akan memalingkan Wajah.

14. Apabila suka Baginda akan memejamkan Mata.

15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji yang melampaui batas.

16. Tidak pernah berteriak-teriak(menjerit-jerit).

17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda Memaafkan dan berlapang Dada.

18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk
 19.Berjihad(mempertahankan bukan berlawan) di Jalan Allah SWT.

20. Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara Ma'siat.

21. Di rumah, Baginda adalah Manusia biasa yang mencuci pakaian, memerah susu(haiwan) dan membuat sendiri segala keperluan Diri.

22. Ketika Duduk ataupun Berdiri, Baginda selalu Berdzikir.

23. Raut Wajahnya selalu ceria, Perangainya boleh menjadi Suri Tauladan dengan mudah, Lemah Lembut dan Peramah.

24. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak(menjerit-jerit) , lebih-lebih lagi mencela orang lain.

25. Tiga perkara yang dijauhi Baginda : perselisihan, perdebatandebat dan segala yang tidak diperlukan.

26. Tidak pernah mencela dan memaki orang lain.

27. Tidak pernah mengetahui rahsia orang lain.

28. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang mendatangkan Pahala.

29. Cara berbicaranya menarik dan siapapun yang mendengarnya terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas Kepala mereka.

30. Sesiapa yang melihat Baginda sepintas, maka ia akan tertarik dan Hormat terhadapnya.

31. Sesiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali Baginda, maka ia akan menyayanginya sepenuh Jiwa Raga.

32. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membezakan di kalangan mereka.

33. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang Lemah Lembut.

34. Tangan Baginda selalu terbuka kepada siapa saja tanpa pilih kasih. Baginda adalah Ayah bagi mereka semua(umat).

35. Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar Cahaya Ilmu, sikap Malu dan Sabar serta Amanah.

36. Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana Kewibawaan Baginda.

37. Semua mengakui keutamaannya karena Ketaqwaannya : Menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing.

38. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

39. Paling berlapang Dada.

40. Paling tepat dalam Berbicara.

41. Paling halus Keperibadiannya.

42. Paling ramah dan Beradab dalam pergaulan dan Muamalah(kemasyarakatan)nya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah SAW oleh Prof Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Kiriman Neng Adelia Dina - GARDA NU NUSANTARA
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget