Nota tambahan
Salam Isnin pagi
Allah SWT berfirman:
وَءَاخَرِينَ مِنۡهُمۡ لَمَّا يَلۡحَقُواْ بِهِمۡۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
(Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
Antara huraian surah Al-Jumu'ah: 3-4
Meneruskan makna risalah baginda pada ayat sebelumnya, bahawa baginda berdakwah kepada bangsa selain Arab juga. Ertinya, risalah baginda adalah global, ke seluruh alam, bukan hanya bangsa Arab, tapi bangsa Turki, Eropah, Kurdi, Somali, China, Melayu dan lainnya juga.
Baginda membacakan Al-Quran, membersihkan jiwa, akal dan akidah mereka, mengajarkan ajaran Islam secara langsung atau melalui para pengikutnya.
Jika mereka belum Islam, itu kerana Islam belum sampai kepada mereka atau hati mereka, kalaulah Islam ada di atas bintang dan di sana ada orang, pastinya akan ramai yang masuk Islam.
Allah Maha Mulia dan Menang akan segala rancanganNya, tiada yang boleh mengalahkannya, walau ramai yang berusaha memadamkan cahaya Islam (As-Sof: 8-9). Dia Maha Bijaksana akan segala keputusanNya.
Pengutusan baginda rasul, pembacaan, pembersihan jiwa dan pengajaran yang dilakukan baginda, sehingga manusia mendapatkan hidayah, adalah anugerah Allah SWT yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki olehNya.
Dialah yang mempunyai anugerah yang agung.
Ayat ke 4 ini sebagai pembuka bicara untuk ayat berikutnya, bahawa ramai yang menjumpai baginda, mendapatkan kitab, tapi tidak mahu beriman.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Yishun - Outram SGH
Singapore, 28 Sept 2020
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar