IMAM MUHAMMAD MAULADDAWILAH (Orang pertama diberi gelaran Mauladdawilah)


IMAM MUHAMMAD MAULADDAWILAH
(Orang pertama diberi gelaran Mauladdawilah)

NASAB KETURUNANNYA

Beliau ialah Imam Muhammad Maula Ad Dawilah Bin Ali Bin Alwi Ghuyur Bin Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Sohib Mirbat Bin Ali Kholi’ Qasam Bin Alwi Bin Muhammad Bin Alwi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Muhajir Bin Isa Rumi Bin Muhammad Naqib Bin Ali Al Uraidhi Bin Jakfar As Sodiq Bin Muhammad Baqir Bin Ali Zainal Abidin Bin Sayyidina Husien Bin Fatimah Az Zahra Binti Muhammad 
S.A.W.

KEHIDUPAN DAN PENDIDIKANNYA

Imam Muhammad Mauladdawilah dilahirkan di Kota Tarim pada tahun 705 Hijrah dan dibesarkan oleh ayah saudaranya iaitu Imam Abdullah Baalawi kerana ayahnya telah wafat sewaktu beliau masih kecil. Beliau mempelajari dan menghafal Al Quran sewaktu usia kecil bahkan sekira terdapat kesalahan daripada orang lain beliau akan membenarkannya. 

Beliau terkadang mentafsirkan satu surah dari awal sehingga akhir dengan tafsiran yang sangat tinggi sedangkan beliau tidak 
pernah mempelajari ilmu Tafsir ketika itu.

GELARAN MAULADDAWILAH

Imam Muhammad Mauladdawilah membina rumah dan penempatan di suatu tempat di Yubhur yang merupakan salah satu kawasan berdekatan Maqam Nabi Allah Hud A.S di Hadhramaut. Sehingga datang orang ramai membina rumah dan jadilah sebuah perkampungan disana. 

Maka disebutkan kawasan tersebut sebagai يبحر الدويلة. Ad Dawilah pada perkataan orang Hadhramaut membawa maksud sesuatu yang lama atau zaman lampau. Maka disebutkan perkampungan yang dinamakan Yubhur sebagai perkampungan lama pada zaman dahulu. Akhirnya diletakkan gelaran pada beliau sebagai مولى الدويلة yang membawa maksud seorang pemimpin/penguasa pada zaman dahulu di Yubhur.

AMAL IBADAH DAN MUJAHADAHNYA

Didalam ibadah, beliau mendapat kenikmatan yang tersendiri. Beliau pernah berkata ;

 “Kenikmatanku yang paling besar adalah melakukan solat”

Bahkan beliau menghabiskan waktu di antara Maghrib dan Isyak hanya dengan solat sunat dua rakaat sahaja. Pernah suatu hari beliau jatuh sakit, apabila masuk waktu solat beliau terus bersemangat menunaikan solat seakan - akan tidak pernah sakit kerana terlalu rindu dan merasai nikmat kelazatan melakukan solat. 

20 tahun beliau menunaikan Solat Subuh dengan wudhuk Solat Isyak menunjukkan beliau tidak tidur dan kuat beramal ibadah serta sibuk berzikir kepada Allah S.W.T.

KISAH DAN KAROMAHNYA

1. Di waktu kecil lagi beliau sudah menampakkan beberapa keistimewaan 
yang tidak ada pada orang biasa. Beliau pernah dikurung oleh guru 
pengajiannya bersama beberapa sahabatnya didalam sebuah ruangan. 
Kemudian beliau memperlihatkan kepada sahabatnya akan buah kurma dan belalang bakar yang tidak tahu diambil dan datang dari mana.

Mereka pun gembira dan makan sehingga kenyang serta sisa tersebut ditunjukkan kepada guru mereka.

2. Sebuah kapal layar di tengah lautan India mengalami kebocoran sedangkan beliau berada di Kota Syihir Yaman, maka beliau menutupi 
lubang kapal layar itu dengan bajunya dan kemudian beliau memerah baju tersebut dan ternyata keluar air laut yang ada di kapal itu keluar melalui bajunya. 

3. Suatu hari sebuah alat milik tukang besi patah lalu dibawakan menghadap Imam Muhammad Mauladdawilah, lalu beliau meludahi alat yang patah itu dengan air liurnya dan ternyata alat tersebut 
tersambung berkat air liur beliau.

KEWAFATANNYA

Beliau wafat pada Hari Isnin pada 10 Syaaban tahun 765H dan disemadikan di makam Zanbal. 

Beliau meninggalkan 4 orang anak iaitu Syeikh 
Abd Rahman Assegaf, Alwi, Ali dan Abdullah serta seorang anak perempuan iaitu A’lawiyah.

#BiografiUlamaHadhramaut

Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget