Berita Duka Pada Tanggal 9 Ramadhan 1441 H./ 2 Mei 2020 M.


انا لله وانا اليه راجعون

9 Ramadhan 1441H bersamaan 2 Mei 2020, menerima 7 Khabar Sedih di atas wafatnya Ulama yang dikasihi, semakin berkurang sudah Ulama kita. Langit pun berduka, Hujan sedari pagi, ternyata pagi ini membawa kesedihan untuk kita;

1) Guru Kiyai Haji Ustaz Husni Zam Zam (Barabai) beliau menghembuskan nafas terakhir sekitar lewat pukul 5 pagi tadi 2 Mei 2020 bersamaan 9 Ramadhan 1441H dan akan dimakamkan sekitar jam 11pagi ini di Bawan, Indonesia.

2) Ulama Banjarmasin Guru Besar Abah Guru Zuhdi atau Kiyai Haji Ahmad Zuhdian Noor Bin Muhammad Bin Jaferi, beliau telah disahkan meninggal dunia diHospital Medistra Jakarta pada Sabtu pukul 7.40pagi tadi 2 Mei 2020 bersamaan 9 Ramadhan 1441H pada umur 48tahun. Saat ini jenazah masih berada di Jakarta. InshaAllah jenazah beliau akan di bawa pulang ke Banjarmasin. Jenazah almarhum Guru Zuhdi akan di Sholatkan di Masjid Jami Banjarmasin dan akan dimakamkan di samping Masjid Kota Citra Graha Km. 18 Banjarbaru. 

3) Al-Habib Abdullah bin Muhammad bin Hadun al-Athos(Habib Dolah Santri/Menantu Sohibul Khol Tegal), meninggal jam 1 pagi tadi 2 Mei 2020 bersamaan 9 Ramadhan 1441H. Beliau merupakan Tenaga Pengajar Darrul Musthofa al Muj'taba Pondok Adiwerna Tegal Indonesia. Semoga beliau di tempatkan di Syurganya Allah SWT dan dikumpulkan bersama datuknya Rosulullah SAW. InshaAllah akan dimakamkan hari ini habis dhuhur di pemakaman Hadad -Tegal, Indonesia. 

4) Al-Fadhil Ustaz Lukman Hakim Abdul Latif, beliau merupakan Mantan Pemangku Pengetua Maktab Mahmud, Alor Setar Kedah, Malaysia telah kembali ke-Rahmatullah pada 6.40 pagi tadi.

5) Al-Habib Hood bin Hussein bin Alwy AlHaddad Singapura telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini, 9 Ramadhan 1441 pada usia 96 Tahun. Beliau selalu membaca Qasidah di masjid selepas Ratib Malam Khamis, semoga roh dicucuri Rahmat dan Maghfirah Allah SWT.

6) Habib Abdullah bin Ahmad bin Hadi Assegaf di Seywun, Hadramaut. (adik dari kakek kepada Ustaz Muhammad al-Habsyi dan Ustadz Hadi Assegaf Kebon Kacang Jakarta)

7) Syarifah Sidah Alaydrus di Solo (ibunda Ustadz Hasan dan Ustadz Abdullah Alkaf)

Al-Fatehah buat murobbi ummah ini. Kehilangan besar buat kita semua.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه وَأَكْرِمْ نُزُلَه وَوَسِّعْ مُدْخَلَه وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِه وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ عَذَابِ النَّار

Kiriman Gus Muhammad Abid Muaffan
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget