Salam Selasa Petang
بسم الله الرحمن الرحيم
النَّبِيُّ أَوْلَىٰ بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ ۗ وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ إِلَّا أَنْ تَفْعَلُوا إِلَىٰ أَوْلِيَائِكُمْ مَعْرُوفًا ۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا
Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah.
Antara huraian Al-Ahzab : 06
Ada beberapa perkara yang yang disebut dalam ayat ini.
1. Baginda Rasul adalah orang yang sangat perihatin perihal umatnya, lebih dari mereka memikirkan diri sendiri, baginda sentiasa mengingati dan perihatin akan nasib umatnya.
Ada juga yang menafsirkan, baginda lebih berhak untuk ditaati daripada yang lain, baginda sentiasa bertanggung jawab akan umatnya.
2. Isteri-isterinya adalah ibunya kaum muslimin, maka haram para sahabat menikahi isteri baginda selepas wafatnya baginda, ini juga seakan baginda menjadi ayah kepada umatnya.
3. Awalnya, baginda mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar sehingga pada tahap boleh saling mewarisi harta.
4. Hukum saling mewarisi antara mereka, ditukar dengan pertalian darah dan seagama sahaja yang boleh saling mewarisi.
Kalau mereka masih saling memberi, dipersilakan, bukan atas nama waris tapi kerana ihsan persaudaraan.
Hukum warisan sudah ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
MRT Marsiling - Yio Chu Kang
Singapore, 06 Nov 2018
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar