NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AL ANBIYA' 41-43"





Salam Sabtu

بسم الله الرحمن الرحيم

وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ


Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

قُلْ مَنْ يَكْلَؤُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ مِنَ الرَّحْمَٰنِ ۗ بَلْ هُمْ عَنْ ذِكْرِ رَبِّهِمْ مُعْرِضُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah?" (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka.

أَمْ لَهُمْ آلِهَةٌ تَمْنَعُهُمْ مِنْ دُونِنَا ۚ لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَ أَنْفُسِهِمْ وَلَا هُمْ مِنَّا يُصْحَبُونَ

Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu tidak dapat menolong dirinya sendiri, dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami.

Antara huraian Al-Anbiya' :  41-43

Ayat pertama di atas dinamakan ayat TASLIAH, sebagai penghibur kepada baginda Rasul agar tidak larut bersedih, tidak patah semangat dalam berdakwah, walau apapun jawaban masyarakat.

Jika baginda ditertawakan, diejek, dihina, begitulah para Nabi dan Rasul terdahulu mengalaminya semasa berdakwah.

Kaum yang menghinamu, nantinya akan dihina juga, boleh di dunia atau akhirat.

Adakah tuhan bagi orang kafir yang boleh memberi jaminan keselamatan siang dan malam? sedangkan mereka ingkar pada Tuhan (Allah).

Adakah tuhan-tuhan bagi orang kafir yang boleh memberi jaminan perlindungan siang dan malam? sedangkan mereka sendiri tidak boleh menjamin dirinya sendiri, tidak boleh melindungi diri sendiri.

Mereka dan tuhannya tidak akan mampu menolak azab kamu, tiada yang boleh menolongnya di akhirat nantinya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-City Hall
Singapore, 18 Nov 2017

Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran

Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget