NGAJI TAFSIR AL QUR'AN "SURAT AL-ANBIYA' 44-47"



Salam Ahad Senja

بسم الله الرحمن الرحيم

بَلْ مَتَّعْنَا هَٰؤُلَاءِ وَآبَاءَهُمْ حَتَّىٰ طَالَ عَلَيْهِمُ الْعُمُرُ ۗ أَفَلَا يَرَوْنَ أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ۚ أَفَهُمُ الْغَالِبُونَ

(Bukan benda-benda yang dipertuhankan itu yang memberi kesenangan kepada mereka) bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup) hingga berlanjutanlah umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka). Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya? Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang?

قُلْ إِنَّمَا أُنْذِرُكُمْ بِالْوَحْيِ ۚ وَلَا يَسْمَعُ الصُّمُّ الدُّعَاءَ إِذَا مَا يُنْذَرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku); dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat).

وَلَئِنْ مَسَّتْهُمْ نَفْحَةٌ مِنْ عَذَابِ رَبِّكَ لَيَقُولُنَّ يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ

Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: "Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!"

وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ

Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.

 Antara huraian Al-Anbiya' : 44 - 47

Ayat ini mengkhabarkan bahawa antara perkara yang menyebabkan ramai orang ingkar dan kufur adalah kenikmatan Allah yang melimpah kepada mereka, sehingga mereka lupa diri akan pemberi nikmat itu.

Namun janji Allah akan menjadi kenyataan, pada masanya nanti, Islam akan mendapatkan kejayaan dan kemenangan.

Dalam ayat ini digunakan bahasa kiasan, "Tidakkah manusia melihat bahawa bumi akan berkurang atau terhakis dari hujungnya"?.

Ada beberapa makna :

1. Secara zahir, bumi akan mengalami pengurangan tanahnya kerana naiknya air laut, disebabkan mencairnya air salji di kedua kutub, yang bermula kerana pemanasan suhu sejagad (Global Warming).

2. Nikmat Allah kepada manusia akan berkurang sejurus bertambahnya umur manusia tersebut .

3. Islam akan menghakis sedikit demi sedikit kemungkaran dan kekufuran.

Baginda Rasul hanya menyampaikan wahyu, sedangkan orang yang menutup telinga hatinya, pastinya dia tidak akan mendapat hidayah.

Mereka akan sedar jika sudah diturunkan azab kepada mereka, namun kesedaran itu sudah terlambat.

Ketika Hisab sudah dibentang, keadilan Allah akan nampak dengan jelasnya, tiada seorangpun yang terzalimi, semua amalannya akan diperlihatkan dan mendapatkan balasannya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 19 Nov 2017

Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget