Ngaji Tafsir Ustadz M Zuhal A Lathif : Surat An-Najm : 1 - 4


Salam Rabu pagi

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم

وَٱلنَّجۡمِ إِذَا هَوَىٰ

Demi bintang semasa ia menjunam, -

مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمۡ وَمَا غَوَىٰ

Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيٞ يُوحَىٰ

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Antara huraian An-Najm: 1-4

Surah ini dinamakan An-Najm, ertinya bintang, sempena ayat pertama surah ini.

Ianya termasuk surah Makkiyyah, terdiri dari 62 ayat dan terletak dalam urutan 53 dari 114 surah.

Awal surah ini berkait rapat dengan ayat terakhir surah sebelumnya dari segi kalimat Najm dan Nujum, juga bermakna masa bintang yang tenggelam atau masa pagi.

Secara keseluruhan, surah ini terkait dengan surah sebelumnya dari segi makna dan tujuan surah, untuk menyedarkan orang yang masih degil.

Ayat dimulakan dengan Qasam atau sumpah, Demi bintang ketika menjunam hilang, di waktu pagi, ada juga yang mengertikan Najm dengan Meteor yang jatuh.

Baginda sebagai kawan orang Arab, yang sentiasa bersama mereka, baginda bukan orang yang sesat dan menyesatkan. Bahkan baginda menunjukkan dan menemani mereka ke jalan yang benar.

*Baginda tidak pernah bercakap dengan hawa nafsunya, keinginan sendiri, tetapi semua yang baginda ucapkan, lakukan, adalah berdasar wahyu Allah, tuntunan dan firman dariNya*.

Catatan:

Ada ayat pertama terdapat kalimat (هوَى), ianya dalam bentuk kata kerja , begitu juga pada ayat ketiga, ada kalimat (الهوَى), ianya dalam bentu kata benda.

Ianya sama bunyi tapi lain makna, dinamakan kalimat Jinas Tam.

Hawa bermakna menjunam dan Al-Hawa bermakna keinginan atau Hawa nafsu.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
Mrt Yishun-Serangoon
Singapore, 25 Mac 2020

Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget