Ngaji Tafsir M Zuhal A Lathif Surat Qaf: 21-22


Salam Selasa pagi

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم

وَجَآءَتۡ كُلُّ نَفۡسٖ مَّعَهَا سَآئِقٞ وَشَهِيدٞ

Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;

لَّقَدۡ كُنتَ فِي غَفۡلَةٖ مِّنۡ هَٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٞ

(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".

Antara huraian Qaf: 21-22

Nantinya, semasa manusia dibangkitkan, setiap mereka akan diiringi oleh seorang pengiring dan seorang saksi.

Saaiq, semua ulama menafsirkannya dengan malaikat pengiring, yang membawa mereka menghadap pengadilan Allah atau hisab.

Syahiid, diertikan amalan mereka yang akan menjadi saksi kehidupan mereka, saksi baik atau buruk, ada juga ulama yang menafsirkan bahawa saksi itu adalah dirinya sendiri.

Ayat seterusnya menyatakan bahawa kamu asalnya terlupa atau terleka akan keadaan, kalimat (kamu) yang diajak bercakap dalam ayat ini ada tiga tafsiran:

1. Orang Kafir, mereka terleka semasa di dunia, mereka baru sedar akan  kesalahannya selepas di akhirat dan masuk neraka. Kesedaran yang tiada manfaat.

2. Semua orang, tidak kira agama, yang baik atau yang jahat, mereka di dunia seakan tidur, baru tersedar dan tersentak selepas kematiannya, selepas di akhirat.

Ada ungkapan Arab, yang ertinya: Manusia semua tidur, mereka akan terjaga ketika mereka mati.

3. Baginda rasul, (pendapat ini sangat lemah, kerana urutan ayat mengenai orang ramai), baginda terleka sehingga datangnya Al-Quran.

Selepas mereka tersedar, pandangan mereka terbeliak, sangat tajam pandangannya untuk melihat kesalahannya.

Wallahu a'lam

M Zuhal A Lathif
MRT Yishun-Somerset
Singapore, 4 Feb 2020

Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran

Label:

Posting Komentar

[blogger]

MKRdezign

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget