Salam Khamis Tengah Hari
بسم الله الرحمن الرحيم
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا
Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.
Antara huraian Al-Ahzab : 09 - 10
Ayat ini berbincang mengenai perang Khandaq atau dikenal dengan perang Ahzab (puak puak).
Kejadiannya pada Bulan Syawal 4H, semasa orang kafir Mekkah bersekutu dengan beberapa puak Yahudi Madinah, mereka berjumlah dalam 10.000 tentera.
Baginda melayan tantangan mereka, bermusyawarat dan Salman Al-Farisy mengusulkan untuk menggali parit pada pintu masuk Madinah, untuk menyekat kemasukan tentara dari Mekkah.
Jumlah tentera Muslim in hanya 750-3.000 sahaja, permulaannya Ali Bin Abi Talib diminta baginda untuk berlawan one to one dengan Amr Bin Abdu Wudd, Ali menang, ini bertanda baik.
Malam sebelum hari ketetapan perang, Allah SWT menurunkan udara menjadi sejuk, disertai angin ribut dan malaikat memporak-porandakan kem pasukan kafir, sehingga mereka mundur lari dan kalah.
Asalnya tentera muslimin cukup khawatir juga kerana jumlah tentera yang tidak seimbang, baginda terus berdoa memohon kemenangan dan ianya dikabulkan.
Wallahu a'lam
M Zuhal A Lathif
Floral Spring @ Yishun
Singapore, 08 Nov 2018
Al-Amanah
Hidup Berkah, Dengan Al-Quran
Posting Komentar